Keturunan Kedar Akan Dikalahkan

Di dalam The Revised Version of the Bible, terbitan British and Foreign Bible Society pada bab Isaiah 21:14-17 telah disebutkan:

“The inhabitants of the land of Tema
brought water to him that was thirsty,
they prevented with their bread
him that fled. For they fled
from the swords …Within a year,
according to the years of an hireling,
and all the glory of Kedar shall fail:
And the residue of the number of archers,
the mighty men of the children of Kedar,
shall be diminished.”

Terjemahan mengikut Bible Indonesia AlKitab (1993) ialah:

“Hai penduduk tanah Tema, keluarlah,
Bawalah air kepada orang yang haus,
Pergilah, sambutlah orang pelarian dengan roti!
Sebab mereka melarikan diri terhadap pedang…..
Sebab beginilah firman Tuhan kepadaku:
“Dalam setahun lagi, menurut masa kerja perajurit upahan,
maka segala kemuliaan Kedar akan habis.
Dan dari pemanah-pemanah yang gagah perkasa
Dari bani Kedar, akan tinggal sejumlah kecil saja,
Sebab TUHAN, Allah Israel telah mengatakannya.”

Ayat ini adalah sambungan dari kisah penghijrahan ke Tema (Utara Madinah) di bumi Arab. Berhubung dengan Kedar, tokoh-tokoh Kristian dan Islam telah mengesahkan bahawa Kedar (Qaidhar) ialah anak Nabi Ismail. Ibn Athir di dalam Al-Kamil fit Tarikh telah menyebutkan:

“Kemudian Nabi Ismail telah mengahwini As-Saidah binti Madhadh Al-Jurhami dan hasil dari perkahwinan itu, mereka telah di kurniakan dua belas orang cahaya mata: Nabat, Qaidhar (Kedar), Uzail, Misya, Masma’, Rima, Masy, Aazar, Qathura, Fakas, Thumayya dan Qidman. Dari kedua-dua anak Nabi Ismail yang bernama Nabat dan Qaidhar (Kedar), lahirlah bangsa Arab.”

A.S. Fulton, di dalam The International Standard Bible Encyclopedia, telah berkata:

“..Of the Ishmaelite tribes, Kedar must have been the most important, and thus in later times the name came to be applied to all the wild tribes of the desert. It is through Kedar that Muslim genealogists trace the descent of Muhummad from Ishmael.” (“Berbanding kabilah-kabilah dari keturunan (Nabi) Ismail, Kedar boleh dianggap sebagai yang terpenting dan pada zaman-zaman yang kemudian nama itu dikaitkan dengan seluruh kabilah Arab di padang pasir. Dari Kedar inilah pengkaji-pengkaji Islam mengaitkan keturunan (Nabi)Muhammad kepada (Nabi ) Ismail.”)

Salah satu kabilah yang lahir dari keturunan Kedar ialah Quraisy yang begitu berpengaruh di kota Mekah. Kabilah Quraisy banyak menentang Nabi Muhammad s.a.w. sehingga akhirnya berlakulah hijrah dan selepas itu Perang Badar. Kalimat-kalimat within a year, according to the years of an hireling (dalam setahun lagi, mengikut masa kerja perajurit upahan) begitu signifikan dengan sejarah Perang Badar, kerana ia berlaku pada tahun kedua hijrah, lebih kurang setahun selepas penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah.

Peperangan ini telah dimenangi oleh umat Islam dan pemuka-pemuka Quraisy yang terbunuh di dalam peperangan ini berjumlah 70 orang.73 Kisah yang dipaparkan di dalam Bible ini amat selari dengan kisah penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. dan Perang Badar. Nabi Isa tidak ada perkaitan sama sekali dengan anak Nabi Ismail yang bernama Kedar dan tidak pernah berperang dengan keturunan Kedar.

Leave a comment

Filed under Tarbiah

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s