‘Muhammad in the Bible’

HIMDAH DAN SHALOM

Di dalam Kitab Perjanjian Lama (Old Testament) di dalam The Authorised Version of the Bible bab Haggai 2:7-10 telah disebutkan:

“And I will shake all nations,
and the Himdah of all the nations will come;
and I will fill this house with glory, says the Lord of hosts.
Mine is the silver, mine is the gold, says the Lord of hosts,
the glory of my last house shall be greater
than that of the first one, says the Lord of hosts;
and in this place I will give Shalom, says
the Lord of hosts.”

Terjemahan mengikut Bible Indonesia AlKitab (1993) ialah:

“Sebab beginilah firman TUHAN semesta alam:
Sedikit waktu lagi maka Aku akan menggoncangkan
langit dan bumi, laut dan darat; Aku akan menggoncangkan
segala bangsa, sehingga barang yang indah-indah kepunyaan
segala bangsa datang mengalir……
dan di tempat ini Aku akan memberi
damai sejahtera, demikianlah
firman TUHAN semesta alam.”

Himdah dan Shalom dari Kitab Perjanjian Lama ini ialah kalimat-kalimat di dalam bahasa Hebrew. Bible versi Inggeris telah menterjemahkan kalimat Himdah dan Shalom sebagai desire dan peace, dan Bible AlKitab di dalam bahasa Indonesia telah menterjemahkannya sebagai ‘barang yang indah-indah kepunyaan segala bangsa’ dan ‘damai sejahtera.’

Berhubung dengan Himdah, ayatnya yang asal ialah: ve yavu himdath kol haggoyim, yang di dalam bahasa Inggeris bermaksud, and will come the Himdah of all nations (dan akan datang Himdah bagi segala bangsa). Himdah berasal dari huruf-huruf ha ma da dan ini selari dengan huruf-huruf asal bagi nama Ahmad dan Muhammad.

Shalom pula selari dengan kalimat Arab salama yang melahirkan kalimat Islam. Islam bermaksud damai dan sejahtera dan Bible Indonesia AlKitab telah menggunakan kedua-dua kalimat ini ketika menterjemahkan kalimat Shalom. Justeru, ayat ini sebenarnya sedang menceritakan tentang seorang Himdah yang diutuskan kepada segala bangsa dan kepadanya akan dikurniakan Islam yang bakal mendatangkan kedamaian dan kesejahteraan bagi manusia.. Kisah ini amat selari dengan Ahmad (Muhammad) s.a.w. yang telah diutuskan oleh Allah dengan risalah Islam bagi seluruh alam. Inilah di antara pendapat yang diutarakan oleh bekas Paderi Dr. David Benjamin Keldani di dalam ‘Muhammad in the Bible’ ..

Leave a comment

Filed under Tarbiah

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s