Dinamisme Islam – Pemikiran positif

“Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Justeru, perkara yang paling penting yang perlu kita lakukan ialah memperbaiki diri dari masa ke semasa tanpa mengenal putus asa sehingga akhirnya kita menjadi insan yang lebih baik. Apabila kita pernah melakukan dosa dan noda, bertaubatlah kerana Allah Maha Penerima Taubat. Yang paling penting ialah, jangan berputus asa. Allah berfirman: “Ibrahim berkata, ‘Tidaklah berputus asa daripada rahmat Allah melainkan golongan yang sesat sahaja’.” (Surah Al-Hijr ayat 56)

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah hadis Nabi Muhammad yang menceritakan tentang seorang lelaki di zaman dahulu yang membunuh seratus orang. Beliau kemudiannya bertaubat kepada Allah dan terus meninggal dunia sebelum sempat melakukan sebarang kebaikan. Namun, Allah mengampunkan dosa-dosanya dan mengurniakan rahmat-Nya kepada lelaki itu. Sehubungan dengan ini, Nabi Muhammad bersabda di dalam sebuah hadis Qudsi berhubung dengan janji Allah, iaitu: “Wahai anak Adam… Jika dosa-dosamu mencecah awan di langit kemudian kamu meminta ampun kepadaKu, akan Aku ampunkan dosa-dosamu..” (Riwayat Tarmuzi – Hasan Sahih)

Sejarah menunjukkan, ramai dari kalangan mereka yang menjadi tokoh Islam pada hari ini adalah dari kalangan mereka yang fasiq dan jahat pada suatu ketika dahulu. Fudail Iyad, sebagai contoh, merupakan seorang tokoh sufi yang dikagumi di sudut ibadah dan amalannya. Namun sebelum itu, beliau adalah seorang ketua perompak. Malik bin Dinar juga merupakan seorang tokoh sufi yang terkenal. Sebelum berubah, beliau ialah seorang jejaka yang suka berfoya-foya serta meminum arak.”

Leave a comment

Filed under Tarbiah

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s