Bible Dan Pelbagai Versinya

KONTROVERSI BERHUBUNG PELBAGAI VERSI BIBLE

Di samping isu dan kontroversi berhubung apocrypha, Bible juga diselimuti kontroversi berhubung pelbagai versinya. Pelbagai versi ini wujud kerana beberapa sebab. Mengikut seorang tokoh Kristian, Paderi David Engelsma dari The Protestant Reformed Churches di Amerika:

“Pada hari ini pelbagai terjemahan, semakan dan olahan (paraphrasing) baru telah dilakukan ke atas Bible, sehingga kita tidak mampu mengikuti perkembangannya. Justifikasi kepada kelahiran versi-versi baru ini ialah kelemahan yang terdapat di dalam Bible King James yang dikatakan mempunyai kecacatan yang serius berpunca, di antaranya, dari penggunaan teks Greek yang dipenuhi pelbagai kesilapan…”

Yang anehnya, Bible Versi King James pernah diiktiraf sebagai Kalam Tuhan yang terbaik yang pernah diterbitkan. Kalam Tuhan yang terbaik ini telah beredar di dalam masyarakat Kristian selama 250 tahun sebelum ia dikatakan dipenuhi kesilapan yang serius sehingga memerlukan satu semakan semula dilakukan ke atasnya.

Jay P. Green (Sr), editor dan penterjemah kepada Interlinear Greek-English New Testament telah menulis di dalam prakata Bible terjemahannya:

“Pasaran buku hari ini sedang dipenuhi dengan versi-versi Bible yang baru. Setiap versi mendakwa ia adalah kalimat-kalimat tuhan, walaupun terdapat banyak perbezaan di antara satu versi dengan versi yang lain…… Berhubung dengan versi-versi baru (seperti New International Bible, New Jerusalem Bible dan yang lain-lainnya), di samping terdapat di dalamnya tokoh-tambah yang tertentu, banyak kalimat dan ayat di dalamnya telah dibuang, dan ia mencapai empat muka surat kesemuanya sedangkan tulisan-tulisan ini pada asalnya adalah kalimat-kalimat tuhan seperti yang terdapat di dalam manuskrip Greek.”

Kontroversi tentang versi-versi Bible telah melahirkan bibit-bibit perpecahan yang dahsyat di dalam dunia Kristian. Sebagai contoh, kumpulan Kristian dari Fundamental Evangelistic Association telah menulis tajuk Modern Bible Versions Are Dangerous, Watch Out For Them (Bible Versi Moden Amat Berbahaya, Berhati-Hatilah Dengannya) di laman web mereka bertarikh Mac, 2000.

Justeru, bolehkah Bible hari ini diiktiraf sebagai Kalam Tuhan?

Leave a comment

Filed under Tarbiah

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s