Cemerlang Dengan Al-Baqiah As-Solihat

Dalam surah Al-Haj ayat 46 Allah berfirman, “Harta benda dan anak pinak adalah perhiasan kehidupan di dunia. Al-Baqiah As-Solihat adalah lebih baik ganjarannya di sisi Tuhanmu dan lebih baik untuk dijadikan harapan.”

Dalam Al-Quran dan Terjemahannya terbitan Mujamma’ Al-Malik Fahd Li Thiba’at Al-Mushaf, Al-Baqiah As-Solihat diterjemahkan sebagai “amalan-amalan yang kekal lagi salih.” Al-Baqiah As-Solihat mengikut tafsiran Abdullah ibn Abbas dan Said bin Jubair ialah solat yang lima. Mengikut satu riwayat yang lain dari Abdullah ibn Abbas ia ialah kalimat yang baik. Mengikut Said bin Musayyib ia ialah subhanallah, walhamdulillah, lailahaillallah, Allahuakbar dan lahaulawalaquwwataillabillah. Pendapat yang agak merangkumi lagi baik ialah dari Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam. Beliau berpandangan Al-Baqiah As-Solihat ialah kesemua amalan yang salih. Imam Ibn Jarir cenderung dengan pendapat ini.

Mereka yang sentiasa melakukan Al-Baqiah As-Solihat, mereka sebenarnya sedang melatih minda, roh dan jasad untuk tunduk kepada kebaikan. Mereka yang seperti ini mudah mencapai kejayaan dalam setiap bidang yang mereka ceburi.

Ibadah Yang Lebih Utama

Ibadah yang paling penting yang sering diabaikan ialah meninggalkan yang haram terutamanya yang berkaitan dengan sumber rezeki, makan dan minum. Di dalam Ihya Ulumuddin, diriwayatkan peringatan yang pernah dibuat oleh Ummul Mukminin, Aisyah, yang berkata, “Kamu melupakan satu ibadah yang utama iaitu warak.” Warak bermaksud, tidak mengambil sesuatu yang mempunyai unsur syubhah ataupun haram.

Pengambilan benda yang syubhah ataupun haram akan merosakkan ibadah. Sahabat Abdullah ibn Omar berkata, “Jika kamu mengerjakan solat seperti busur yang melengkung, dan kamu berpuasa sehingga menjadi kurus seperti anak panah, amalan kamu tidak akan diterima melainkan jika disertakan dengan warak yang mendinding”.

Imam Sufyan At-Thauri juga mengingatkan umat Islam tentang perkara yang sama. Beliau berkata: “Sesiapa yang membelanjakan sesuatu yang haram, dia diumpamakan seperti seorang yang cuba membersihkan sehelai kain berlumuran najis dengan air kencing… Dosa tidak dapat dibersihkan melainkan dengan yang halal”.

Ibadah dan warak berkait rapat dengan tahap iman seseorang. Sahl At-Tusturi berkata, “Seseorang tidak akan sampai ke hakikat iman sehingga ada padanya empat perkara, iaitu, mengerjakan ibadah yang fardu dan yang sunat, memakan benda yang halal dengan warak, menjauhi perkara yang dilarang sama ada zahir atau batin dan bersabar di atas yang demikian itu sehingga mati.”

Leave a comment

Filed under Motivasi Al-Quran

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s