Memahami Senario Akhir Zaman

Salah satu kenyataan futuristik yang terdapat dalam Al-Quran dan As-Sunnah ialah, Islam akhirnya akan menjadi agama sejagat walaupun di peringkat permulaannya Islam hanya berkembang di bumi Arab. Hal ini disebabkan Islam diturunkan sebagai rahmat bagi seluruh alam. Dalam surah Al-Anbiya ayat 107, Allah berfirman “Tidak Kami utus kamu melainkan sebagai pembawa rahmat bagi seluruh alam.”

Dalam ayat 28 surah Saba pula Allah berfirman, “Dan Kami tidak mengutus kamu melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” Berhubung dengan ayat ini, Imam Qatadah berkata, “Allah mengutus Nabi Muhammad kepada golongan Arab dan Ajam (iaitu bukan Arab).”

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, nabi bersabda, “Aku telah dikurniakan Allah dengan lima perkara yang tidak dikurniakan kepada nabi-nabi yang lain. (Satu di antaranya ialah), setiap nabi diutus kepada kaumnya yang khusus sedangkan aku diutus kepada manusia sejagat.”

Kesemua riwayat ini mempunyai mesej futuristik iaitu, Islam akan tersebar dan menguasai dunia. Justeru umat Islam perlu merancang secara strategik untuk memastikan dakwah Islam sampai ke seluruh alam. Untuk tujuan itu para pendakwah perlu tingkatkan diri mereka dengan pelbagai kekuatan dan kemahiran dari masa ke semasa. Dalam konteks ini, di Malaysia, kita harus akui strategi dakwah yang ada tidaklah begitu futuristik kerana para pendakwah asyik menyampaikan dakwah kepada orang-orang Melayu Islam sahaja. Dakwah kepada golongan yang bukan Islam sering kali diabaikan. Kepincangan ini perlu diperbetulkan.

Leave a comment

Filed under Motivasi Al-Quran

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s