Sains Membawa Kepada Iman

Sains, apabila dikaitkan dengan wahyu, boleh menyebabkan perubahan yang mengagumkan. Antara perubahan itu ialah meninggalkan kekufuran menuju keimanan. Salah seorang tokoh yang mendapat hidayah kesan daripada pengkajian sains dikaitkan dengan al-Quran ialah profesor Tejatat Tejasen. Beliau ialah seorang pakar dalam bidang anatomi dan pernah menjadi dekan di Fakulti Perubatan di Universiti Chiang Mai, Thailand.

Dalam Konferensi Perubatan Ke-8 yang diadakan di Riyadh, Saudi Arabia, beberapa tahun yang lepas, beliau bangun berucap dan berkata, “Tiga tahun yang lepas saya amat berminat dengan al-Quran.. Saya meyakini bahawa segala apa yang direkodkan dalam Quran empat belas ratus tahun dahulu adalah benar kerana ia boleh dibuktikan secara saintifik.

Oleh sebab Muhammad tidak tahu membaca dan menulis, beliau semestinya merupakan seorang utusan yang menyampaikan kebenaran daripada Tuhan yang mencipta. Pencipta itu semestinya Allah, justeru saya rasa sudah sampai masanya untuk saya berkata ‘Laa ilaaha illAllah, Muhammad Rasool Allah’,” (Ucapan beliau dapat dilihat dalam rakaman video This is the Truth oleh Abdul Majid al-Zindani. Transkrip dalam bahasa Inggeris diterbitkan oleh Abdullah M. Al-Rehaili, This is the Truth, Muslim World League, Makkah al-Mukarrammah, 1995.)

Sains al-Quran juga telah mengagumkan Dr. Gary Miller. Beliau ialah seorang pakar matematik di samping seorang tokoh dalam bidang ilmu teologi Kristian. Pada tahun 1978, beliau telah dihadiahkan dengan sebuah al-Quran terjemahan bahasa Inggeris. Ilmu yang beliau peroleh daripada al-Quran telah mengubah hidupnya kerana selepas itu beliau telah memeluk Islam.

Dalam tulisannya yang bertajuk The Amazing Quran beliau berkata, “Seperkara yang mengejutkan golongan yang bukan Islam selepas mereka mengkaji al-Quran ialah, ia tidak seperti apa yang mereka jangkakan. Bagi mereka, al-Quran ialah sebuah kitab tua yang datang dari padang pasir Arab dan berumur lebih kurang 14 abad. Justeru mereka menjangkakan, isi-isinya pasti juga tua lagi kuno seperti umurnya. Sebahagian daripada mereka pula menjangkakan, oleh kerana ia datang dari padang pasir, ia pasti banyak bercerita tentang padang pasir.

Tiba-tiba mereka menyedari bahawa ia tidak seperti itu…. Al-Quran boleh dikaji secara saintifik kerana ia mengutarakan sesuatu yang tidak diutarakan oleh kitab-kitab agama lain secara amnya. Malah al-Quran mampu menyahut cabaran ahli-ahli sains. Konsep sains pada hari ini ialah satu konsep yang memerlukan bukti. Jika seseorang mengutarakan sesuatu teori, pakar-pakar sains tidak akan mempedulikannya melainkan jika ia disertakan dengan bukti dan sanggup melalui beberapa ujian yang saintifik. Al-Quran sebenarnya sanggup diperlakukan seperti itu untuk membuktikan bahawa ia adalah benar. Seribu empat ratus tahun sudah berlalu dan tidak ada sesiapa pun yang mampu membuktikan kepalsuan al-Quran, justeru al-Quran adalah sebuah kitab yang hak lagi benar.” ……………………

Justeru, umat Islam perlu menguasai dua ayat, seperti yang disebutkan sebelum ini. Dalam bahasa yang lain, umat Islam perlu menguasai al-Quran dan ilmu-ilmu sains kerana kedua-duanya membantu kita mendekatkan kita kepada Allah. Penguasaan al-Quran tidak bermaksud kita mengetepikan Sunnah kerana kedua-duanya memang tidak dapat dipisahkan.

Dakwah pada hari ini menuntut kita menguasai kedua-dua ayat ini, apatah lagi jika sasaran kita ialah mereka yang bukan Islam. Apabila pendakwah mampu bercakap menggunakan bahasa kontemporari, dan dikaitkan pula dengan al-Quran dan Sunnah, dakwahnya menjadi lebih mantap lagi meyakinkan. Pengalaman yang dilalui oleh profesor Tejatat Tejasen dan Dr. Gary Miller menunjukkan pendekatan sebegini, kadangkala, menjadi sebab musabab seseorang mendapat hidayat dan memeluk Islam.

Penguasaan dua ayat adalah selari dengan kehendak pendidikan pada hari ini. Dalam Konferensi Pendidikan Islam Yang Pertama (First World Conference on Islamic Education) yang di adakan di Mekah pada tahun 1977, pakar-pakar merumuskan bahawa ilmu secara dasarnya dibahagikan kepada dua, iaitu ilmu naqli (revealed knowledge) dan ilmu aqli (acquired knowledge). Ilmu naqli berkait rapat dengan Quran dan Sunnah dan ilmu aqli berkait rapat dengan sains dan kajian-kajian semasa…….

Leave a comment

Filed under Menerokai Islam

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s