Menanti Kesempurnaan Sebelum Berdakwah?

Antara kesilapan yang sering berlaku dalam konteks dakwah ialah menanti kesempurnaan diri sebelum melaksanakan dakwah. Dengan kefahaman ini seseorang yang mampu mencegah kemungkaran tidak melakukannya kerana merasakan amalannya belum cukup mantap dan masih terdapat banyak kelemahan pada dirinya.

Berkaitan dengan isu ini Imam Said bin Jubair berkata, “Jika seseorang tidak mahu mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran sehingga keadaannya menjadi sempurna tidak ada sesiapapun yang akan mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran.”

Imam Malik amat bersetuju dengan kenyataan Imam Said bin Jubair ini dan sebagai tanda sokongan beliau menambah, “Dan siapakah antara kita yang lengkap dan sempurna?”

Imam Al-Hasan pula berkata, “Siapa antara kita yang telah melaksanakan kesemua perkara yang diserunya? Syaitan amat menyukai jika manusia diperdayakan dengan sikap ini sehingga akhirnya tidak ada sesiapapun yang mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran.”

Walau bagaimanapun, persiapan tidak boleh diabaikan walaupun tidak sampai ke tahap kesempurnaan, kerana dakwah ialah medan jihad dan ijtihad dan ia tidak boleh dilakukan secara semberono. Perancangan serta persiapan perlu dilakukan dari masa ke semasa demi untuk menjamin kejayaan dakwah.

Dalam Ihya Ulumuddin, Imam Al-Ghazali menjelaskan, berdakwah memerlukan persiapan dan adab dan ia terbahagi kepada tiga iaitu ilmu, warak dan baik akhlak. Beliau berkata, “Berkaitan dengan ilmu, seseorang pendakwah perlu mengetahui suasana dakwahnya, batas-batasnya, tempat berlakunya kemungkaran serta penghalang-penghalangnya supaya dakwahnya berjalan di atas landasan agama. Warak menuntut seseorang pendakwah menjauhi perbuatan-perbuatan salah yang diketahuinya.

Berhubung dengan akhlak yang baik, seseorang pendakwah hendaklah berdakwah dengan lemah lembut dan kasih sayang…. Dengan tiga sifat ini dakwah menjadi amalan yang mendekatkan seseorang kepada Allah. Tanpa ketiga-tiganya kemungkaran tidak akan tertolak malah kadangkala dakwah bertukar menjadi kemungkaran kerana melampaui batas-batas agama.”

Leave a comment

Filed under Tarbiah

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s