Kalau Dicemburui, Tandanya Berjaya

Orang cemerlang akan dimusuhi oleh orang tidak cemerlang. Orang berjaya akan dimusuhi oleh orang yang tidak berjaya. Orang cerdik akan dimusuhi orang tidak cerdik. Orang baik akan dimusuhi orang tidak baik. Tuk imam akan dimusuhi kaki judi. Polis akan dimusuhi penjenayah. Orang kaya akan dimusuhi perompak. Orang cantik akan dimusuhi orang buruk. Orang hebat akan dimusuhi oleh orang tidak hebat.

Apa nak hairan, sifir kehidupan memang macam tu. Baik lawannya buruk, neraka lawannya syurga. Kalau anda baik dan anda dimusuhi orang jahat, itu biasa sebab memang kerja orang jahat memusuhi orang baik. Tiada orang jahat memusuhi orang jahat. Selalunya orang jahat bergabung untuk bermusuh dengan orang baik.

Kalau anda berjaya berdiri di puncak, kemudian anda pun dimusuhi orang, apa nak hairan, memang kebanyakan manusia gagal akan bertindak begitu. Jarang orang gagal mahu belajar dari kegagalannya. Jarang orang gagal mahu membina kejayaan setelah menempuh kegagalan, sebaliknya memang ramai orang gagal sakit hati dengan orang berjaya dan akan cuba melakukan bermacam-macam perkara untuk menggagalkan orang berjaya itu.

Saya menerima kes seorang peniaga pasar malam ditimpa sakit misteri dan dia mengesyaki orang yang menyebabkan dia sakit adalah rakan niaga di pasar malam yang sama. Masalahnya sebab dia seorang yang lebih berjaya berbanding rakan niaga tadi. Maka dia pun dimusuhi kerana kejayaannya itu. Apa nak hairan, memang kebanyakan manusia berperibadi rendah akan berbuat seperti itu untuk naik mengatasi saingannya.

Seorang guru cemerlang akan dimusuhi oleh guru tidak cemerlang. Seorang pengetua terbilang akan dimusuhi oleh pengetua tidak terbilang. Seorang kaunselor yang boleh menyebarkan khidmatnya secara meluas akan dimusuhi oleh kaunselor yang terbatas bidang tugasnya. Apa nak hairan, memang manusia begitu. Jarang hendak memperbaiki diri dan bersaing secara sihat, sebaliknya mencari jalan bagaimana hendak jatuh menjatuhkan.

Seorang rakan memberitahu saya, suatu hari tatkala dia sedang makan tauhu sumbat di sebuah gerai, tidak semena-mena keluar beberapa ekor ulat dari tauhu sumbat itu dan ulat-ulat itu hidup. Macam mana boleh ada ulat, sedangkan tauhu sumbat itu panas lagi?

Perbuatan siapakah ini? Apakah perbuatan orang yang sama cemerlang atau mereka yang jauh ketinggalan? Jarang orang yang cemerlang ada masa untuk melakukan berbagai-bagai perkara untuk melingkupkan perniagaan orang lain, tetapi selalu berlaku orang yang ketinggalan ada banyak masa untuk menjatuhkan orang cemerlang itu tadi.

Jika hal semacam ini berlaku ke atas diri anda, usahlah terlalu kecewa, sebab memang manusia itu macam-macam. Sejak dulu hingga kini, dunia terpaksa menyimpan orang tidak cemerlang untuk sama-sama melata di atasnya bersama-sama orang yang cemerlang. Orang tidak cemerlang tidak akan suka buat apa sahaja yang suka dilakukan oleh orang cemerlang. Maka orang tidak cemerlang ini akan melakukan bermacam-macam perkara yang bertentangan. Dia akan menggunakan bermacam-macam saluran untuk menjatuhkan anda. Dia akan menggunakan saluran internet, sms broadcasting, akhbar, risalah malah dari mulut ke mulut.

Apa nak hairan sangat, manusia gemilang lawannya manusia keciciran. Biarlah mereka terus tercicir dengan pelbagai hal yang bakal menambahkan lagi dosa mereka sedang anda menerima pahala percuma hasil perbuatan mereka. Mengapa perlu sakit hati sangat? Tidak perlu, tetapi teruskan kerja anda, sampai ketikanya nanti anda semakin berada di puncak sedangkan dia semakin jauh di jurang yang dalam.

Leave a comment

Filed under Motivasi Diri

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s