Versi Bible

Kelahiran pelbagai versi Bible menunjukkan banyak semakan semula dan perubahan-perubahan telah dilakukan ke atas isi-isi Bible. Konsep ‘Di Sana Hanya Wujud Satu Bible Dan Satu Versi Sahaja’ adalah tidak berasas sama sekali. Bart Ehrman di dalam The Orthodox Corruption of Scripture telah berkata: “Manusia secara umumnya mempercayai seolah-olahnya di sana hanya wujud satu Bible dan satu versi sahaja. Ini merupakan satu pandangan yang tidak benar kerana kesemua Bible yang ada pada hari ini seperti KJV, NRSV, NIV dan lain-lainnya adalah hasil usaha ‘memotong dan memuatkan (cutting and pasting)’ tulisan-tulisan yang diperolehi dari manuskrip yang pelbagai yang mana tidak ada satupun daripada manuskrip-manuskrip itu yang boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama…..

Justeru, perubahan-perubahan pada teks wujud kerana tindakan penterjemah penterjemahnya yang kadangkala melakukannya secara sengaja……. Sebagai contoh, apabila seorang penulis telah menambah 12 ayat di hujung Gospel Matthew, ia jelas menampakkan, perbuatan ini memang disengajakan.”

Baru-baru ini Bible versi Inclusive pula telah diterbitkan bertujuan untuk mengambil kira golongan-golongan tertentu. Berhubung dengan ini Paderi Gary W. Hendrix dari Grace Reformed Baptist Church telah berkata:

“Penerbit Oxford University Press baru-baru ini telah menerbitkan sebuah Bible versi baru yang dikenali sebagai Inclusive Version. Penggunaan bahasa di dalam versi ini telah mengambilkira pejuang-pejuang kebebasan wanita, golongan minoriti serta golongan kidal!

Untuk mencapai maksud ini, beberapa perubahan telah dilakukan, sebagai contoh, kalimat ‘Bapa (Father)’ yang digunakan bagi tuhan digantikan dengan kalimat ‘Bapa-Ibu (Father-Mother).’ ‘Tangan Kanan Tuhan (God’s Right Hand)’ digantikan dengan ‘tangan yang perkasa (mighty hand),’ di samping beberapa perubahan yang lain.

Bagaimanakah sikap kita dengan penerbitan ini?… Pengarang-pengarang Inclusive Bible jelas telah membuang kalimat-kalimat tuhan yang asal dan mengantikannya dengan kalimat-kalimat mereka sendiri. Tindakan yang seperti ini telah mengubah Kitab Tuhan….Ini seolah-olahnya menunjukkan bahawa Tuhan tidak begitu bijak dan pintar…”

Al-Quran hanya mempunyai satu versi sahaja dan kalimat-kalimatnya terpelihara dari sebarang tokok tambah sejak dahulu hinggalah ke hari ini.

Leave a comment

Filed under Tarbiah

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s