Penentu Doktrin Kristian

St. Paul ialah orang yang paling penting di dalam menentukan doktrin agama Kristian yang dipegangi pada hari ini. Surat-surat St. Paul merupakan bahan penting di dalam Bible, dan ia juga tidak terlepas daripada pertikaian dan kontroversi.

Pada asalnya St. Paul telah diiktiraf sebagai penulis kepada kesemua surat-surat Paul, namun pada hari ini tokoh-tokoh Kristian hampir bersepakat mengatakan, tidak kesemua surat-surat itu telah ditulis oleh beliau.

Kontroversi tentang St. Paul tidak hanya melibatkan kesahihan surat-suratnya malah juga peribadinya. Beliau bukan dari kalangan anak murid Nabi Isa dan pada asalnya beliau ialah seorang anti-Kristian yang telah menyiksa ramai pengikut-pengikut Kristian sebelum beliau mendakwa melihat Nabi Isa dan kemudiannya menjadi pengikut agama Kristian yang komited.

Sesetengah tokoh Kristian berpandangan, St. Paul merupakan tonggak kepada agama Kristian malah beliau telah mengasaskan beberapa doktrin yang tidak pernah diajar oleh Nabi Isa sebelum ini, sebagai contoh, doktrin yang berkonsepkan pemujaan yang melampau ke atas peribadi Nabi Isa. Yang anehnya ialah, beliau tidak tertarik dengan ajaran-ajaran Nabi Isa secara keseluruhannya, sebaliknya hanya memberikan tumpuan kepada aspek kewafatan dan kebangkitan semula Nabi Isa semata-mata. Di dalam The Messianic Legacy yang dikarang oleh Michael Baigent, Richard Leigh dan Henry Lincoln, mereka berpandangan ajaran-ajaran St. Paul tidak selari dengan ajaran asal Nabi Isa dan beliau boleh dihukumkan sebagai sesat.

Di dalam U.S. News, April 1999, disebutkan bahawa St. Paul tidak pernah menjadi anak murid Nabi Isa dan tidak hidup sezaman dengan anak-anak murid Baginda justeru beliau berasa tidak perlu mengikut dan mematuhi pandangan-pandangan mereka. Yang paling kontroversi ialah dakwaan yang dibuat oleh Paderi John Shelby Spong dari Newark melalui bukunya Rescuing The Bible From Fundamentalism, yang mengatakan bahawa St. Paul adalah seorang homoseks dan pandangan ini telah dimuatkan untuk tatapan umum di dalam U.S. News Online pada 5 April 1999. Kontroversi tentang St. Paul masih berlarutan hingga ke hari ini, namun surat-suratnya telah pun dimuatkan di dalam Bible dan diiktiraf sebagai Kalam Tuhan. ……………

Leave a comment

Filed under Tarbiah

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s