Gua Asahabul Kahfi

Gua Asahabul Kahfi juga telah ditemui pada hari ini. Di dalam Tafsir Al-Azhar oleh Hamka disebutkan: “Di dalam majalah Wa’yul Islami edisi Zulkaidah 1388 (Januari 1969) telah dimuatkan sebuah artikel oleh Ustaz Taisir Zibyan berhubung Ashabul Kahfi dan gua yang melindungi mereka. Ustaz Taisir Zibyan berkata: “Pelbagai pendapat telah diutarakan berhubung gua Ashabul Kahfi.

Ada yang mengatakan ia terletak di Sepanyol, sebahagian mengatakan ia berada di Yaman dan sebahagian yang lain berpendapat ia terletak di Bulaqaak, Oman. Seorang tokoh orientalis dari Perancis pernah membuat kajian berhubung gua yang terletak di Bulaqaak ini pada tahun 1868 dan beliau berpendapat itulah gua yang dimaksudkan oleh Al-Quran…. Jabatan Purbakala Jordan memulakan kerja penggalian gua di Bulaqaak ini pada tahun 1962.

Di dalamnya terdapat tulisan-tulisan huruf Byzantium dan ini selari dengan pandangan yang mengatakan mereka hidup di zaman Byzantium. Enam peti mati yang dipenuhi tulang-tulang dan tengkorak serta dua kuburan juga telah ditemui dan ini selari dengan pandangan ramai ahli tafsir yang mengatakan jumlah mereka ialah tujuh orang bersama dengan seekor anjing.

Di atas gua ditemui sebuah tempat ibadah dan penemuan ini selari dengan firman Allah pada surah Al-Kahfi ayat 21. Pengkaji juga mendapati apabila matahari terbit, cahayanya tidak memancar terik ke dalam gua dan apabila matahari hampir terbenam, mereka berada di sebelah kanan matahari. (Keadaan ini selari dengan firman Allah di dalam surah Al-Kahfi.)….

Leave a comment

Filed under Motivasi Al-Quran

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s