Bible Yang Mana Kalam Tuhan

Bible secara dasarnya mempunyai 66 buku atau bab, 39 terkandung di dalam Kitab Perjanjian Lama dan 27 di dalam Kitab Perjanjian Baru. Satu di antara kontroversi yang timbul dan masih hangat diperkatakan hinggalah ke hari ini ialah tentang 7 buku tambahan yang terdapat di dalam Kitab Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Apocrypha.

Golongan Kristian Protestan tidak mengiktiraf Apocrypha ini sebagai Kalam Tuhan, berbeza dengan golongan Kristian Katolik yang berpegang bahawa Apocrypha adalah Kalam Tuhan setanding dengan buku-buku Bible yang lain.

Pandangan golongan Katolik ini agak selari dengan pendirian pemimpin-pemimpin dan tokoh-tokoh Kristian di peringkat awal, kerana sejarah menunjukkan, mereka telah mengiktiraf Apocrypha ini sebagai Kalam Tuhan dan pendirian ini telah mereka sebutkan paling kurang sebanyak 352 kali di dalam penulisan-penulisan mereka sebelum ini…….. Satu lagi golongan yang penting di dalam dunia Kristian ialah golongan Kristian Ortodoks. Bible mereka berbeza dengan Bible golongan Katolik dan Protestan.

Bagi mereka buku-buku Bible berjumlah 76 kesemuanya, 49 terdapat di dalam Kitab Perjanjian Lama dan 27 di dalam Kitab Perjanjian Baru. Justeru, kitab yang manakah yang perlu diiktiraf sebagai Bible? Adakah Bible mengandungi 66 buku di samping 7 buku Apocrypha seperti yang dipegangi oleh Roman Katolik? Atau 66 buku di samping 10 buku Apocrypha seperti yang dipegangi oleh Kristian Ortodoks? Atau 66 buku sahaja tanpa Apocrypha seperti yang dipegangi oleh golongan Protestan?

Leave a comment

Filed under Tarbiah

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s