Bible Tulisan Manusia

Sumber-sumber yang digunakan untuk menulis Bible wujud di dalam bentuk salinan yang ditiru dari salinan yang sebelumnya. Salinan-salinan ini dipenuhi perbezaan dan percanggahan di antara satu sama lain. Bart Ehrman di dalam The Orthodox Corruption of Scripture telah berkata: “Manuskrip-manuskrip (Bible) yang asal sudah tidak wujud lagi pada hari ini.

Yang ada ialah salinan yang ditiru dari salinan-salinan yang sebelumnya. 5,366 daripada salinan-salinan yang tua ini ditulis di dalam bahasa Greek di antara abad ke-2 hingga ke-16 Masihi. Yang menarik perhatian ialah, tidak wujud persamaan melainkan sedikit sahaja di antara satu salinan dengan salinan yang lain. Tidak ada siapa pun yang mengetahui tentang jumlah sebenar perbezaan dan percanggahan ini tetapi ia mungkin
mencecah ratusan ribu.”

Berpandukan salinan-salinan yang tidak sempurna inilah Bible ditulis dan dibukukan. Sejarah juga membuktikan bahawa kisah hidup Nabi Isa di dalam Bible, yang dikenali sebagai Gospels, disusun berasaskan cerita-cerita dan khabaran mulut orang-orang Kristian terdahulu. Hal ini telah disebutkan di dalam New Bible Dictionary: “Kebanyakan sumber yang berhubung dengan kisah hidup Nabi Isa (Gospels) diperolehi melalui khabaran-khabaran mulut, sebelum ia ditulis di dalam bentuk yang kita kenali pada hari ini.”

Justeru, wujud banyak perbezaan (variants) malah kadangkala percanggahan di dalam Bible berpunca dari sumber-sumber ini. Di dalam Peake’s Commentary on the Bible telah disebutkan: “Memang telah diketahui umum bahawa Gospel adalah berasaskan khabaran-khabaran mulut (orang-orang Kristian terdahulu) dan ini telah melahirkan variasi yang berbagai-bagai berhubung perkataan dan perlakuan (Nabi Isa). Semua ini telah dilakukan secara sengaja atau tidak sengaja oleh penulis-penulisnya…”

Semua ini berbeda dengan Al-Quran yang, sejak dari awal, telah ditulis dan disimpan di samping dihafaz oleh ramai sahabat-sahabat Nabi r.a.

Leave a comment

Filed under Tarbiah

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s