Dunia Yang Terbabas Keutamaannya

Charlotte Denny dari Guardian melaporkan pada 22 Ogos 2002, 2.8 bilion manusia di negara-negara membangun membelanjakan wang kurang dari $2 sehari untuk sara hidup mereka sedangkan lembu-lembu di Eropah mendapat subsidi bernilai $2.20 sehari untuk hidup. Ini bermaksud, lembu-lembu di Eropah hidup lebih senang dari 2.8 bilion manusia di dunia. Lebih dari itu, dalam Human Development Report tahun 1998 oleh Bangsa-Bangsa Bersatu didapati,

  • $11 bilion dibelanjakan setiap tahun untuk membeli aiskrim di Eropah.
  • $17 bilion dibelanjakan untuk membeli makanan binatang peliharaan di Eropah.
  • $50 bilion dibelanjakan untuk rokok di Eropah.
  • $105 bilion dibelanjakan untuk minuman keras di Eropah.
  • $8 bilion dibelanjakan untuk alat-alat kosmetik di Amerika.
  • $35 bilion dibelanjakan untuk hiburan di Jepun.
  • $400 bilion dibelanjakan untuk membeli dadah di seluruh dunia.

Inilah bentuk pembaziran yang sedang berlaku pada hari ini sedangkan dunia hanya memerlukan $6 bilion untuk memberikan pendidikan asas kepada semua dan $9 bilion untuk menyediakan kemudahan-kemudahan asas terutamanya di negara-negara miskin. Memang tidak dapat dinafikan lagi ramai manusia hari ini telah terbabas keutamaan hidup mereka justeru kezaliman, ketidakadilan, penipuan, rasuah, peperangan, pembunuhan dan pemujaan nafsu wujud di mana-mana.

Sebaliknya ketika umat Islam memerintah dunia sebelum ini, dengan keutamaan dan formula yang betul, kebaikan serta tamadun tersebar di seluruh dunia. Sebagai contoh di zaman khalifah Omar bin Abdul Aziz, beliau berjaya banteraskan kemiskinan. Yahya bin Said berkata, “Khalifah Omar Abdul Aziz mengutus aku untuk mengutip zakat di Afrika. Aku pun melaksanakan tugas ini dan kemudiannya aku pun mencari golongan fakir miskin untuk di berikan zakat namun golongan ini tidak aku temui. Sesungguhnya khalifah Omar Abdul Aziz telah menjadikan kami manusia yang kaya raya.”

Leave a comment

Filed under Siraman Kalbu

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s