Segala Bermula Dengan Hati (1)

mn_muslim.jpg

HATI BERSIFAT BINATANG

Apabila hati manusia dikuasai nafsu syahwat, dia akan berperangai seperti binatang. Ketika itu akan lahirlah kerakusan, ketamakan, keangkuhan, dan sifat mementingkan diri. Sifat-sifat inilah yang telah menguasai Qarun sebelum ini seperti mana yang difirmankan Allah dalam surah Al-Qasas ayat 78 yang bermaksud,“Qarun berkata, ‘Sesungguhnya aku diberikan harta kerana ilmu yang aku miliki’.

Apakah dia tidak mengetahui bahawa Allah telah membinasakan umat-umat sebelumnya sedangkan mereka lebih kuat dan lebih banyak menghimpun harta daripadanya. Manusia seumpama ini berkedudukan seperti binatang yang sesat. Nafsu syahwat dalam diri mereka telah menutup pemikiran serta hati-hati mereka.

Dalam surah Al-A’raf ayat 179 Allah berfirman, “Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam kebanyakan dari jin dan juga manusia. Mereka mempunyai hati tetapi tidak gunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah), dan mereka mempunyai mata tetapi tidak digunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak digunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah).Mereka adalah seperti binatang ternakan bahkan mereka lebih sesat daripada itu. Mereka adalah golongan yang lalai.”

Dalam hidup, manusia bersifat kebinatangan ini tidak pernah puas dengan kelazatan yang telah diperolehinya. Apa yang di tangan manusia ingin direbutnya. Lagaknya hebat. Ngauman cakapnya besar. Celuparnya lebih.

HATI BUAS

Umat Islam unggul kerana mereka memulakan perubahan dari dalam, iaitu dari hati. Mengikut Imam Al-Ghazali, hati mempunyai empat sifat, iaitu sifat kebuasan, kebinatangan, kesyaitanan dan ketuhanan. Apabila hati dikuasai perasaan marah, ia merangsang manusia melakukan perbuatan seumpama binatang buas, contohnya bermusuhan, bersengketa, menyerang dan memaki hamun. Lihatlah tindakan kaum Nabi Ibrahim selepas baginda menyampaikan risalah Allah kepada mereka. Dalam surah Al-Anbiya ayat 68 Allah berfirman yang bermaksud, “Mereka (kaum Nabi Ibrahim) berkata, ‘Bakarlah dia dan bantulah tuhan-tuhan kamu jika kamu benar-benar
hendak bertindak’.”
Ketika itu kaum nabi Ibrahim bersikap buas tanpa dapat dikawal.

Sifat buas yang menguasai hati-hati manusia menyebabkan mereka suka bersengketa, menyerang, bertengkar, mengutuk, menghina dan mencaci orang lain.

AWAS DENGAN SYAITAN

Untuk cemerlang manusia perlu memahami serta mengawasi langkah-langkah syaitan kerana syaitan sentiasa mencari kesempatan untuk menyerang dan merosakkan hati-hati manusia. Mengikut Imam Al-Ghazali, antara pintu yang digunakan syaitan ialah,

  • Perasaan marah.
  • Nafsu syahwat.
  • Perasaan tamak dan dengki.
  • Kekenyangan.
  • Kecintaan kepada perhiasan dan harta benda.
  • Pergantungan kepada manusia.
  • Gopoh gapah dan terburu nafsu.
  • Kecintaan kepada dinar, dirham dan emas (wang ringgit).
  • Sikap kedekut dan bakhil.
  • Fanatik mazhab dan kelompok.
  • Berfikir tentang zat, sifat dan af’al Allah tanpa ilmu.
  • Sikap mudah berburuk sangka terhadap orang-orang Islam.” (Ihya Ulumuddin)
  • Hati yang cemerlang ialah hati yang suci bersih yang mampu melihat alam rahsia sehingga ia mengenali Allah tanpa sebarang keraguan. Di zaman nabi seorang lelaki telah bertanya nabi, “Ya Rasulullah, siapakah manusia yang terbaik?” Nabi menjawab, “Mereka ialah orang mukmin yang berhati makhmum.” Orang itu bertanya lagi, “Apakah hati yang makhmum itu?” Nabi bersabda, “Ia adalah hati yang bertakwa lagi bersih yang tidak ada dalamnya penipuan, sikap melampaui batas, tipu daya, khianat dan hasad.” Hadis ini diriwayatkan oleh Ibn Majah dan bertaraf sahih. Hati yang bersih amat ditakuti oleh syaitan. Nabi pernah bersabda, “Tidak berjalan Omar di suatu lorong melainkan syaitan akan memilih jalan yang lain (agar tidak bertembung dengan Omar).” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim.

    Leave a comment

    Filed under Motivasi Al-Quran

    Leave a Reply

    Please log in using one of these methods to post your comment:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s