Segala Bermula Dengan Hati

Islam berjaya membina keunggulan kerana pembinaannya bermula dari dalam, iaitu dari hati, dan bukannya dari slogan kosong, teknologi canggih dan panji. Imam Al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin pada bab Huraian Keajaiban Hati berkata, Hati ialah raja bagi manusia. Sebagai raja, hati mempunyai tentera-tentera yang mampu melaksanakan kehendak-kehendaknya.

Tentera-tentera ini dikenali sebagai tentera-tentera zahir dan batin. Tentera-tentera zahir ialah segala anggota badan yang dikurniakan kepada manusia. Tentera-tentera batin pula ialah nafsu syahwat dan marah di samping ilmu, hikmat dan kebijaksanaan. Nafsu syahwat dan marah mampu memainkan dua peranan yang berbeza iaitu, membantu hati atau menghancurkannya. Justeru hati memerlukan ilmu dan hikmat agar dengannya nafsu syahwat dan marah dapat dikekang untuk melaksanakan perkara-perkara yang bermanfaat sahaja.

Ilmu yang paling mulia ialah ilmu tentang Allah serta keagunganNya. Penguasaan ilmu ini dan keyakinan yang lahir daripadanya berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Di peringkat awal, ilmu ini diperolehi berdasarkan usaha dan kesungguhan sehingga seseorang mengenali sifat-sifat yang wajib, mustahil serta harus bagi Allah. Di tahap yang paling tinggi, ilmu dan keyakinan terhadap Allah terhasil berdasarkan penglihatan mata hati yang dikurniakan oleh Allah.”

Sahabat Ali bin Abu Talib pernah berkata, “Sesungguhnya Allah mempunyai bejana di muka bumi dan ia adalah dalam bentuk hati-hati manusia. Hati yang paling di kasihi Allah ialah hati yang paling lembut (araqquha), yang paling suci (asfaaha) dan yang paling keras (aslabuha). Maksud yang paling keras ialah yang paling keras berpegang pada agama Allah. Maksud yang paling suci ialah yang paling suci di sudut keyakinan, dan maksud yang paling lembut ialah yang paling berlemah lembut kepada sahabat dan taulan.”

Mengikut Imam Al-Ghazali, hati mempunyai empat sifat, iaitu sifat kebuasan, kebinatangan, kesyaitanan dan ketuhanan. Kebanyakan manusia gagal dalam hidup kerana mereka membela dan membelai sifat-sifat kebinatangan, kesyaitanan dan kebinatangan.

Leave a comment

Filed under Motivasi Al-Quran

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s