Menuju Keunggulan

wi.jpg

Dalam surah Al-Baqarah ayat 152 Allah berfirman, “Ingatlah kepada Ku nescaya Aku ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu kufur.” Berhubung dengan ayat ini, Imam Hasan Al-Basri berkata, “Allah mengingati (dengan rahmat) mereka yang mengingatiNya. Allah menambahkan (nikmat) kepada mereka yang bersyukur dan Allah menimpakan azab kepada mereka yang kufur.”

Kegemilangan yang dikurniakan Allah kepada umat Islam merupakan nikmat yang wajib disyukuri. Jika tidak nikmat ini akan digantikan dengan azab dan bala.

Para sahabat merupakan golongan yang berjaya kerana mereka menghargai serta mensyukuri nikmat-nikmat ini. Mereka bersyukur kepada Allah dengan mentaati Allah.

Pada suatu ketika, seorang lelaki bertanya kepada Nabi tentang sifat manusia yang terbaik. Nabi menjawab, “Sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling pandai membaca Al-Quran, paling bertakwa kepada Allah, paling bersungguh-sungguh mengajak kepada makruf, paling bersungguh-sungguh mencegah kemungkaran dan paling suka menghubungkan silaturahim.” Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad, An-Nasai dan Al Hakim. Inilah formula keunggulan yang dihayati oleh para sahabat nabi.

Antara ciri-ciri penting yang ditekankannya ialah,

a.. Mengenali peta hidup melalui Al-Quran.
b.. Memulakan perubahan dengan diri sendiri berasaskan takwa.
c.. Mengajak serta membantu orang lain kepada kebaikan.
d.. Berperanan untuk mencegah kemungkaran.
e.. Mementingkan hubungan baik sesama manusia berlandaskan kebenaran.

Leave a comment

Filed under Motivasi Al-Quran

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s