Memingirkan Mentaliti Inferior

islamic-architecture.jpg 

Umat Islam adalah umat pilihan justeru mereka tidak perlu berasa inferior atau rendah diri berdepan dengan kegawatan hidup pada hari ini. Dalam surah Ali-Imran ayat 110 Allah menggelar umat ini sebagai khaira ummatin ukhrijat linnas iaitu sebaik-baik umat yang dikeluarkan bagi manusia. Dalam surah Al-Baqarah ayat 143 pula Allah memuji umat ini sebagai ummatan wasatha iaitu umat yang terbaik lagi adil. Allah juga berjanji dalam surah Al-Anbiya ayat 105, “Sesungguhnya Kami telah tulis dalam kitab Zabur sesudah Kami (tulis dalam) Lauh Mahfuz bahawasanya bumi ini akan dipusakai oleh hamba-hambaKu yang soleh.”

Siapakah hamba-hamba Allah yang soleh ini? Imam Ibn Kathir dalam Tafsir Al-Quran Al-Azim berkata, “Mereka ialah golongan yang beribadah kepada Allah berlandaskan syariatNya. Mereka mengutamakan ketaatan kepada Allah dan bukannya ketaatan kepada syaitan atau kehendak hawa nafsu manusia.” Dalam erti kata yang lain, mereka ialah golongan yang sentiasa bermuhasabah, bertaubat, bermujahadah, bermuraqabah serta beristiqamah di atas landasan Islam.

Sahabat Abdullah ibn Abbas berpendapat, “Umat nabi Muhammad ialah golongan yang akan mewarisi bumi ini dan mereka akan dimasukkan ke dalam syurga. Merekalah orang-orang yang soleh itu.” Sahabat Abu Dardak bersetuju dengan pandangan ini. Beliau berkata, “Kitalah golongan yang soleh itu.”

Seperti yang disebutkan sebelum ini, sejarah membuktikan kebenaran pandangan-pandangan ini kerana jika tidaklah kerana umat Islam, dunia akan terus berada di era kegelapan. Anda mungkin masih ingat perkataan Philip K. Hitti dalam History of the Arabs yang bermaksud, “Orang Islam Sepanyol berjaya mencatat sejarah keintelektualan yang agong di zaman pertengahan di Eropah. Merekalah sebenarnya pembawa obor budaya dan tamadun bagi seluruh dunia terutamanya antara abad kelapan dan tiga belas Masihi.”

Juga perkataan A.M. Lothrop Stoddard dalam The New World of Islam yang bermaksud, “Kebangkitan Islam merupakan satu episod yang paling mengagumkan dalam sejarah manusia. Ia lahir di bumi yang tidak terkenal kemudian dalam jangka masa hanya satu abad ia berkembang sehingga menguasai separuh alam. Dalam proses itu ia meruntuhkan empayar-empayar besar dan serentak dengan itu membentuk hati-hati manusia sehingga akhirnya berjaya menegakkan dunia baru iaitu dunia Islam.”

Umat di akhir zaman akan mengulangi kecemerlangan ini berdasarkan sabda nabi yang bermaksud, “Akan sentiasa ada satu segolongan (taifah) dari umatku yang berpegang teguh ajaran agama dan mereka akan menentang dan menguasai musuh-musuh mereka. Tidak ada apa yang dapat memudaratkan mereka kecuali apa yang menimpa mereka dalam bentuk ujian-ujian sehinggalah akhirnya datang urusan Allah.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad.

Justeru, marilah sama-sama kita membina kekuatan dengan banyak bermuhasabah (mengkoreksi diri), bertaubat (meminta ampun kepada Allah), bermujahadah (melawan kehendak nafsu yang keji), bermuraqabah (mendekatkan diri kepada Allah dengan amal), serta beristiqamah (konsisten) di atas landasan Islam. Semoga diberkati Allah.

Leave a comment

Filed under Siraman Kalbu

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s