Asas-Asas Penentangan Serangan Pemikiran

Serangan pemikiran amat bahaya  di masa kini dan juga masa hadapan umat Islam baik di segi akidah, syariah, ekonomi, sosial, nilai, hubungan mereka dengan Allah dan seluruh makhluk Allah. Orang Islam secara individu dan berkumpulan  perlu bergerak secara keseluruhannya untuk menentang serangan ini di setiap aspek, peringkat dan masa.

Asalnya serangan adalah dalam bentuk salibiyah, penjajahan, zionis dan komunis. Ianya  telah berkembang secara meluas dan mendalam yang merangkumi strategi jangka panjang dan jangka pendek. Setelah menyedari mereka gagal untuk memaksakan ideologi mereka kepada orang Islam , musuh-musuh Allah ini menukar strategi dengan berusaha supaya umat Islam memahami Islam secara salah , dan berfikir dan bertindak berbeza dengan asas dan tabiat Islam.

Mereka membiarkan orang Islam menggunakan nama Islam, melakukan ibadat, menyambut  perayaan, merdeka di segi politik dan menyertai forum antarabangsa tetapi mereka akan pastikan ekonomi, undang-undang , pendidikan dan kehidupan masyarakat  menurut acuan mereka.

Pergerakan mereka berstrategi dengan penggemblingan seluruh jentera. Oleh itu untuk menghadapinya kita perlu menyediakan perancangan dan kemudahan setimpal. Di antara asas-asas penting untuk menentang serangan pemikiran boleh kita simpulkan dalam sepuluh perkara berikut:

1. Meliputi semua sektor dan golongan
Jika serangan ditujukan kepada semua sudut dan peraturan hidup kita, maka demikian juga pertahanan harus menyeluruh; tidak boleh dibiarkan suatu sektor yang membolehkan serangan pemikiran menyelinap  ke dalamnya dan menembusinya.

Menyeluruh yang dimaksudkan bukan sahaja dalam erti meliputi seluruh institusi-institusi masyarakat Islam sahaja, malah ia mesti meliputi semua  orang Islam, kecil besar, lelaki perempuan, orang kampung, orang bandar, orang berpelajaran, dan orang tidak berpelajaran, orang yang berkemampuan dan orang yang tidak berkemampuan, golongan minoriti dan golongan majoriti.

Memang diakui serangan ditumpukan kepada sektor tertentu umpamanya kepada remaja, peringkat kepimpinan, cendekiawan dan  kalangan yang berkemampuan tetapi  kita tidak boleh menganggap sektor lain adalah selamat. Oleh itu pencegahan dan kawalan awal perlu untuk menangkis serangan dan seterusnya menyediakan angkatan untuk menentang dan menyerang balas.

2. Penyelarasan antara negara dan badan-badan Islam
Sekiranya musuh kita mempunyai bank data dan bilik operasi di seluruh dunia, mempunyai badan-badan rasmi dan juga informal,  bergerak secara terbuka dan rahsia, kita juga mesti mempunyai kemudahan dan teknik yang setanding atau lebih hebat.

Adalah mustahil bagi sebuah negara Islam untuk menghadapi serangan secara bersendirian. Negara-negara Islam, malah badan-badan Islam di dalam negara pun, perlu menyelaraskan tindakan dan strategi bersama. Ruang perselisihan hendaklah ditutup dan pintu persefahaman hendaklah dibuka dan halakan perhatian kepada musuh sebenar.

3. Menyedari keadaan yang ada pada kita
Api perbalahan bertaburan dan hubungan antara  beberapa buah negara Islam renggang. Fenomena ini  tidak terkecuali melibatkan  badan-badan Islam di dalam sesebuah negara. Sekiranya kita perhatikan secara saksama, kita dapati di belakang segala pergeseran ini. ialah tangan-tangan musuh Islam yang menaburkan racunnya. Mereka menyelinap tanpa disedari dan mempengaruhi orang-orang Islam sendiri untuk bertelingkah sesama mereka  Kesalahan ini kebanyakannya adalah kerana kecuaian kita sendiri. Oleh itu perlulah ada penyelarasan di antara negara-negara dan badan-badan Islam untuk menyatupadukan usaha, mengesan perosak, mendedahkan tipu muslihat dan mematikan api permusuhan sementara ia masih kecil  Sesungguhnya ikatan akidah antara kita menjamin akan wujudnya kesatuan Islam kerana  perbalahan biasanya bersifat sementara.

4. Berterusan Dalam Semua Peringkat
Serangan pemikiran adalah usaha yang berterusan, bersambung peringkat dan babaknya. Maka untuk menentangnya perlulah menandingi malah mengatasi usaha musuh-musuh tersebut.

Contohnya, anak-anak muda kita diserang sejak dari dilahirkan dengan kepungan media, kebudayaan dan pendidikan, tetapi kita tidak bersedia untuk menangkis serangan seawal  itu.

Di negara komunis, kerajaannya menggunakan seluruh jentera untuk membesarkan generasi baru dalam suasana yang serasi dengan dasar dan tatasusila komunis. Ianya meliputi sekolah, media massa  dan semua jentera yang ada sehinggakan alat permainan untuk kanak-kanak pun dibentuk sedemikian rupa untuk memenuhi matlamat komunis. Selepas taman asuhan terdapat puluhan organisasi yang memenuhi keperluan zaman kanak-kanak, remaja dan dewasa; semuanya berjalan ke arah yang sama, di bawah satu payung dan berkhidmat untuk matalamat yang satu.

Dalam rejim zionis, di ladang-ladang rakyat jelas tampak usaha-usaha untuk melentur generasi mengikut pendekatan tertentu secara berterusan, sempurna dan menyeluruh. Selain dari organisasi seumpama ini, sekolah-sekolah Israel, rumah, media massa, tentera, rumah ibadat, institusi kebudayaan, kelab-kelab dan sebagainya disusun oleh satu tali untuk memenuhi matlamat bersama.

Kita pun sepatutnya  melakukan usaha pembentukan generasi dan juga menentang serangan ini secara berterusan, dalam semua peringkat,  dengan cara yang diajar oleh agama kita.

5. Bergantung kepada diri sendiri

Kita perlu bergantung kepada diri kita sendiri terutamanya dalam bidang pemikiran, maklumat, pekerja dan peruntukan kewangan.

Agak mustahil untuk menentang serangan sekiranya kita bergantung kepada pemikiran yang diimpot dan teori yang dipinjam. Pemikiran harus berpaksi kepada Islam yang meliputi akidah, syariah, teori, pelaksanaan, pembimbing dan penggerak. Kita tidak boleh bergantung kepada Rusia untuk melawan Amerika kerana mereka sebenarnya menunggu peluang untuk memusnahkan kita!

Negara-negara Islam perlu mempunyai maklumat sendiri dan tidak perlu bergantung kepada maklumat yang dikumpul oleh orang lain, lebih-lebih lagi maklumat tentang negara mereka  sendiri. ‘Bank Maklumat Islam’ ialah satu ensaiklopedia yang mengandungi urusan, derita, harapan, jangkaan,cabaran dan lonjakan dunia Islam. Orang Yahudi yang berjumlah hanya 25 juta mempunyai maklumat menyeluruh tentang orang Yahudi dan juga bukan Yahudi tetapi kita yang 32 kali ganda bilangannya dari mereka tidak mampu mengumpulkan maklumat walaupun tentang diri kita.

Tenaga yang menggerakkan serangan pemikiran  perlu teguh, kuat dan berkemampuan. Sekiranya mereka yang menggerakkan serangan ini hanyalah orang yang digaji yang menjalankan tugas hanya kerana menjawat jawatan tersebut, serangan hanya pukulan tumpul dan tidak membawa ke mana-mana. Penggerak serangan perlu menguasai segala cabang ilmu agama, mempunyai maklumat yang mencukupi, menguasai bahasa asing dan mampu untuk menilai keadaan sosial dan memiliki ilmu psikologi.

Perutukan kewangan perlu mencukupi untuk menggerakkan penentangan ini. Negara-negara Islam yang miskin perlu dibantu supaya mereka mampu berdikari di segi kewangan. Keteguhan kewangan perlu untuk melatih dan membekalkan kelengkapan profesional kepada penggerak penentangan ini.

6. Mendedahkan Fenomena secara tabii.

Kita kadang-kadang melebih-lebihkan kekuatan musuh dan dalam pada masa yang  lain terlalu memperkecil-kecilkan kekuatan mereka. Sikap yang sepatutnya ialah menerima mereka dalam keadaan sebenar supaya perhatian dan gerakkerja menjadi setimpal.

Sikap melebih-melebihkan kekuatan musuh akan memberi kesan psikologi yang negatif kepada kita kerana kita akan merasa seolah-olah sentiasa dikepung dari setiap sudut. Kita akan merasa lemah dan tidak bersemangat.

Sebagai contohnya, kekuatan Yahudi digambarkan sebagai penentu segala perkara besar di dunia ini; merekalah yang menguasai dunia di segi politik dan ekonomi, merekalah yang mengarah jentera media massa, merekalah yang melantik dan menjatuhkan Presiden Amerika, merekalah yang menubuhkan dan meruntuhkan negara Soviet dan segala sesuatu peristiwa besar di dunia ini.

Yang sebetulnya, penyelewengan dan penyebaran maklumat ini dijalankan  secara halus oleh Freemason dan kumpulan yang lainnya dalam rangka untuk meletakkan orang Islam terutamanya dalam suasana tersepit dan rendah diri. Fenomena ini mungkin menyebabkan orang Islam menyerah kalah sebelum berperang, berundur dengan kecewa dan putus asa sambil membiarkan musuh terus mengancam dan mencengkam

Manakala sikap terlalu memperkecil-kecilkan dan memandang ringan kekuatan musuh adalah lebih bahaya dari sikap membesar-membesarkan.

Jentera serangan pemikiran seperti misionari digambarkan sebagai anak kambing yang jinak, yang sentiasa berniat ikhlas untuk memberi sumbangan dan melindungi mereka yang lemah.

Dalam keadaan orang Islam menerima baik mereka, jarum-jarum racun ditusuk dan dalam keadaan tidak sedar orang Islam terjajah fikiran dan amalannya.

7. Benar dan Objektif

Biar betapapun pembohongan dan pendustaan yang dilakukan oleh pihak musuh, kita orang Islam wajib memberi penerangan dengan benar, amanah, tenang dan mantap. Tidak perlu kita berkempen untuk memburuk-burukkan orang lain atau mengada-adakan sesuatu yang tidak wujud. Sejarah membuktikan bahawa pembohongan dan putar belit hanya memberi kesan sementara dan akan kecundang akhirnya.

Kita juga tidak diajar untuk menjawab dengan kasar dan menyerang dengan jijik, walaupun musuh bertindak demikian. Kita adalah  berbeza dengan mereka di segi bahawa kita adalah pendukung risalah penutup  yang benar dan tinggi  manakala mereka tidak mempunyai akidah, jiwa yang kotor dan tidak mempunyai kekuatan hujah dan lojik.

Ringkasnya dalam menghadapi serangan pemikiran ini kita perlu benar, objektif, amanah dan iltizam.  

8. Cara-cara mempertahan dan menyerang

Untuk menangkis serangan, tidak cukup dengan khutbah, nasihat dan bimbingan sahaja, malah perlu mencakup buku, majalah , akhbar, program radio dan televisyen, drama dan kegiatan seni keseluruhannya, muzium, perpustakaan, makmal dan masjid.

Kita perlu ingat bahawa musuh menggunakan segala senjata di setiap sektor, maka untuk menyerang balas tidak cukup untuk kita berpada dengan  kata-kata dan nasihat sahaja. Di zaman moden ini, segala kemudahan komunikasi perlu dimanafaatkan. Segala pertemuan dan perkumpulan juga perlu menjurus ke arah Islam. Semua orang perlu didedahkan dan perlu berfikir secara Islam. Dengan ini, barulah kita menangkis serangan, contohnya dari buku-buku katun yang sesat untuk anak-anak di bangku sekolah, budaya muzik liar untuk remaja, atau perkumpulan dan kelab sesat untuk orang dewasa.

9. Mengkaji jiwa pihak penyerang dan penentang

Kita perlu mengkaji secara mendalam kedudukan kedua pihak yang berperang ini, iaitu kedudukan mereka dan kedudukan kita, pihak yang menyerang dan pihak yang diserang.

Maklumat tepat, menyeluruh dan terkini adalah perlu kerana pihak musuh sentiasa mengubah cara dan warnanya.  Kajian-kajian perlulah di atas sikap berkecuali, bersih, objektif, amanah, bersungguh-sungguh, sabar, berhati-hati, menjiwai dan faham.

Sebagaimana ditekankan dalam asas ke 4 sebelum ini, kajian hendaklah dilakukan sendiri oleh kita tanpa bergantung kepada sumber luar.

Pihak musuh yang mengkaji orang Islam misalnya telah menyusup masuk ke dalam masyarakat Islam yang kekurangan perkhidmatan kesihatan dengan menyediakan perkhidmatan kesihatan percuma (yang dianggotai oleh pendakwah Kristian atau kalangan penentang Islam ). Begitu juga ‘ Pasukan Keamanan Amerika ‘ (Peace Corps) menyelinap di seluruh pelusuk dunia Islam  untuk mengambil kesempatan  dengan menghulur makanan, menubuhkan sekolah kepada umat Islam yang miskin dan tidak berpelajaran.

10. Memudahkan serta bersesuaian

Firman Allah s.w.t., terjemahannya,
“Serulah ke jalan Tuhanmu ( wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan ( yang engkau serukan itu) dengan cara lebih baik…” ( surah an-Nahl 16:125)

Rasulullah s.a.w . bersabda yang ertinya, “Bercakaplah dengan orang ramai sesuai dengan pemikiran mereka”.
Dari semua ini adalah jelas bahawa  perdebatan, dakwah, jawapan dan penolakan mestilah meyakinkan, jelas, mudah dan bersesuaian. Yang dimaksudkan dengan bersesuaian ialah selaras dengan keadaan ekonomi, pengetahuan, pengajian dan jiwa mereka di samping seimbang dengan keadaan sosial mereka.

11. Pertahanan dan Penyampaian

Dakwah dan penentangan bukan hanya sekadar tindak balas dan reaksi dari serangan , malah ia juga adalah tindakan menyerang. Menentang adalah cara paling baik sebagai  pertahanan;  mencegah dari awal lebih baik dari rawatan dan pertahanan yang lebih baik dari menunggu musuh.  Sesungguhnya adalah lebih baik berusaha mencegah serangan daripada menunggu berlakunya serangan.

Dakwah Islamiah hendaklah dalam bentuk pertahanan dan penyampaian. Ianya memerlukan pendedahan awal, peringatan yang jelas dan mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk mencegah, mempertahan, menyerang atau menghalang serangan  sebelum ia berlaku.

Kita perlu  mempertahan dan menyerang, meninjau dan mempertahankan, mendahului dan memberi amaran.

Alhamdulillah, kita orang Islam mempunyai kekuatan berupa akidah yang mantap, risalah yang tidak luntur, al-Quran yang dilindungi, as-Sunnah yang tidak berubah, sumber yang kaya, tenaga manusia yang besar, keluasan  geografi , kedudukan yang strategik, sejarah tamadun yang  lama dan seribu satu kelebihan. Apa yang perlu ialah menggembleng segala potensi yang ada.

Leave a comment

Filed under akademik

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s