Cara Penentangan Serangan Pemikiran

Menentang serangan pemikiran memerlukan penggemblengan tenaga umat Islam di semua peringkat dan di dalam semua bidang.

Kita tidak mahu menguasai sekolah dan pendidikan , untuk diletupkan kemudiannya oleh jentera media massa musuh. Kita tidak mahu menguasai masjid kemudian ahli jemaahnya diseret ke kelab dan perkumpulan tajaan musuh. Kita tidak mahu rumah tangga yang membina anak-anak ke arah Islam diceroboh oleh majalah, televisyen dan video yang bercanggah dengan Islam.

Kita perlu menguasai semua saluran dan senjata untuk menentang serangan ini dan perlukan semua umat Islam untuk menyerang.

1. Pendidikan dan peranan rumah tangga

Rumahtangga adalah institusi pertama bertanggungjawab membentuk peribadi umat. Setiap anak dilahirkan dalam fitrah; kemudian kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi. Oleh itu di dalam rumahtangga perlu ada pendidikan Islam yang aktif, yang sedar, yang mendalam, yang luhur dan berterusan sepanjang hayat.

Rumahtangga akan berjaya menjadi benteng dalam peperangan ini jika setiap anggotanya memahami Islam secara benar, mengamalkan akhlaknya dan saling menjadi contoh tauladan, mewujudkan suasana kerohanian yang murni dengan ibadat-ibadat fardhu dan sunat, ingat mengingat secara berhikmah dengan sentiasa merujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah.

Pendidikan dalam rumahtangga seharusnya berlangsung secara spontan dan mudah, tenang, lemah lembut dan hormat menghormati. Kekerasan dan kekasaran mungkin menghasilkn kesan segera tetapi tidak berpanjangan. Ianya tidak mampu menghasilkan individu dengan sifat kepemimpinan yang boleh memikul tanggungjawab dan menghadapi cabaran berat.

2. Masjid dan sekolah

Pihak penjajah dan misionari cuba untuk memisahkan ikatan di antara masjid dan sekolah. Mereka cuba mewujudkan pertentangan di antara dua institusi penting ini.

Pengajian agama dan pengajian moden adalah dua sistem yang saling berlawanan:
a) Pengajian agama dijadikan kaku manakala pengajian moden dijadikan maju
b) Pengajian agama menoleh ke belakang, pengajian moden melangkah ke hadapan
c) Pengajian agama menyediakan jawatan rendah,pengajian moden menyediakan jawatan tinggi
d) Pengajian agama adalah percuma,pengajian moden berbayar
e) Pengajian agama untuk orang kampung, pengajian moden untuk orang bandar
f) Pengajian agama untuk anak-anak orang miskin, pengajian moden untuk anak-anak orang kaya dan pegawai kerajaan
g) Pengajian agama dalam bangunan serba kekurangan, pengajian moden dalam bangunan tersergam hebat.
h) Pengajian agama untuk lelaki sahaja, pengajian moden untuk lelaki dan perempuan
Serangan sengaja menjadikan pengajian agama sentiasa memohon belas kasihan sedangkan pengajian moden berkeadaan kuat dan berkuasa. Kedua-duanya tidak boleh disatukan dan kanak-kanak diberi hanya satu pilihan iaitu samada pengajian agama atau moden.

Apa yang perlu difikirkan ialah bagaimana untuk mewujudkan semula hubungan di antara sekolah dan msjid, menyamaratakan pengajian agama dan pengajian moden, keseimbangan di antara cendekiawan agama dan cendekiawan pengajian moden.

Apa yang perlu ialah menyelaraskan sistem pengajian ini supaya kelebihan yang ada pada suatu sistem juga wujud pada sistem yang satu lagi iaitu memasukkan unsur-unsur agama ke dalam pengajian moden dan mendedahkan teknik dan kandungan moden dalam pengajian agama.

3. Undang-undang dan syariat

Tanpa kembali kepada semangat syarak dan undang-undangnya, masyarakat Islam hanya Islam pada namanya sahaja tetapi pada hakikatnya di perintah oleh Barat. Realiti hari ini ialah ekonomi, pentadbiran dan politik kita dibimbing oleh undang-undang dan perlembagaan Perancis,Belgium, Inggeris atau Itali.

Kita perlu menghidupkan undang-undang dan syariat Islam dalam kehidupan dan negara untuk membolehkan kita kembali berkuasa. Semua pihak perlu difahamkan dan dididik tentang perjalanan dan kebaikan sistem Islam. Ini boleh dilakukan melalui media massa dan dalam pendidikan formal dan tidak formal. Penentangan atau pandangan serong terhadap sistem Islam biasanya datang dari mereka yang tidak faham tentang hakikat sebenar sistem ini dan di sinilah ‘sistem pendidikan’ perlu memainkan peranannya.

4. Kebudayaan dan penerangan

Masyarakat moden hari ini dibentuk oleh jentera kebudayaan dan media massa. Oleh itu semangat dan halatuju jentera tersebut perlu seiring dengan masjid, rumahtangga dan sekolah.
Perlu disedari lebih separuh umat Islam di dunia ini adalah buta huruf; di mana radio dan televisyen menjadi sumber maklumat utama.

Jutaan wanita Islam amat terbatas ruang komunikasinya;bergantung sebahagian besarnya juga kepada radio dan televisyen sebagai sumber maklumatnya. Kaum wanita biasanya menyertai kumpulan dan kelab dan kerap berjumpa bersama mereka. Kita perlu manafaatkan perkumpulan sebegini untuk menyalurkan maklumat yang tepat. Oleh itu perlu ada pembimbing dari kalangan wanita yang dapat menunjukkan jalan kepada mereka. Adalah amat bahaya untuk membiarkan berjuta-juta wanita ini menjadi mangsa kepada perkara-perkara bid’ah dan khurafat, adat-adat dan pemikiran yang sesat.

5. Kelab dan Persatuan Sekerja

Berjuta-juta orang menjadi ahli kesatuan sekerja, dan ramai yang bertemu di kelab-kelab dan pertubuhan .Di sini, di mana mereka sering berkumpul, mereka patut didedahkan dengan daawah Islamiah.

Kelab dan persatuan ini amat berpengaruh dan amat penting sekali kepemimpinannya diterajui oleh mereka yang ikhlas dan pakar dalam agama.

6. Institusi Pegeluaran dan Perkhidmatan

Sebahagian besar institusi pengeluaran dan perkhidmatan dalam dunia Islam bergantung kepada pihak luar dan sudah tentu ianya terdedah kepada serangan di segi ekonomi dan teknikal.
Pergantungan kepakaran teknikal kepada pihak luar menjadikan kita sentiasa memerlukan negara luar tersebut samada dalam masa aman atau dalam masa perang.

Dan sesuatu yang amat memalukan bahawa kebanyakan negara Islam bergantung hampir sepenuhnya kepada negara luar hatta keperluan makanannya. Makanan asas seperti beras dan gandum pun diimpot apatah lagi kapalterbang, meriam, kapal pengangkut, kapal selam dan sebagainya. Kita nampaknya berada dalam kemunduran dan bersatu dalam kemunduran tersebut!

Apakah kita tidak mampu untuk menghasilkan makanan asasi kita walhal terdapat lembah-lembah dan tanah yang subur di negara Islam kita, di Afrika dan Asia?

Pergantungan kepada kuasa luar ini memberikan kesempatan kepada jentera serangan pemikiran untuk campur tangan, menguasai dan mempengaruhi untuk mencekik dan menghancurkan dunia Islam

Tidak ada jalan lain bagi kita kecuali berdikari dan berusahan menguatkan institusi-institusi kita untuk meningkatkan ekonomi Islam sekaras dengan kehendak syariat Islam dan kepentingan orang-orang Islam.

7. Mesyuarat, muzakarah dan seminar

Kita perlu menyedari bahawa racun berbisa telah disebarkan, pemikiran masyarakat telah dicemari . dan mereka perlu berhadapan dengan tenaga-tenaga terlatih keluaran pusat-pusat latihan khusus.

Seminar, forum, kuliah, diskusi dan khutbah berperanan menyampaikan mesej Islam dengan berkesan untuk membersihkan kecelaruan ini.Untuk menghadapi pakar-pakar dari pihak lawan latihan teori dan amali adalah penting dengan menekankan aspek ilmiah yang mendalam, meluas dan berkesan.

Perjumpaan-perjumpaan di seminar, majlis diskusi dan seumpamanya seharusnya dinilai keberkesanannya dari semasa ke semasa.

8. Rombongan dan tugasan keluar negara.

Adalah menjadi keperluan masa kini untuk menghantar rakyat ke negara-negara lain untuk berlajar, berlatih atau bertugas.

Adalah penting untuk menyediakan rombongan ke luar negara ini dengan persediaan rohani yang mantap untuk mengelakkan diresapi budaya asing .

Pemantauan juga perlu dibuat untuk memastikan mereka terus beriltizam dengan ajaran Islam.
Mereka adalah pemimpin masa depan; merekalah yang akan merancang dan melaksanakan rancangan pembangunan impian kita; mereka akan mengisi jawatan-jawatan penting di universiti, sektor awam dan swasta.

Jentera serangan pemikiran sentiasa mengintai untuk mendampingi golongan ini di masa pemilihan di dalam negara, semasa di luar negara dan bila pulang ke negara asal. Selepas bertahun di luar negara, sekiranya jentera serangan berjaya menguasai mereka, golongan ini akan pulang sebagai generasi yang dipimpin, disuap dan diarah

9. Contoh yang baik

Untuk menjamin kelancaran, penerusan dan penggembelingan usaha perlu wujud kepimpinan yang baik dan contoh yang baik. Contoh yang baik di antara perbuatan dan kata-kata, antara tingkah laku dan pemikiran, antara jemaah dan individu, antara penjaga dan yang dijaga dan antara yang dewasa dengan yang muda.

Adalah jelas kepimpinan yang jahat bukan sahaja akan menghabiskan wang ringgit, tenaga dan kemudahan, malah akan merosakkan kepentingan orang Islam dan memberikan peluang untuk dikecam, diejek dan dipermainkan malah boleh menjauhkan orang dari jalan yang lurus.

Leave a comment

Filed under akademik

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s