Category Archives: Siraman Kalbu

Dunia Yang Terbabas Keutamaannya

Charlotte Denny dari Guardian melaporkan pada 22 Ogos 2002, 2.8 bilion manusia di negara-negara membangun membelanjakan wang kurang dari $2 sehari untuk sara hidup mereka sedangkan lembu-lembu di Eropah mendapat subsidi bernilai $2.20 sehari untuk hidup. Ini bermaksud, lembu-lembu di Eropah hidup lebih senang dari 2.8 bilion manusia di dunia. Lebih dari itu, dalam Human Development Report tahun 1998 oleh Bangsa-Bangsa Bersatu didapati,

Continue reading

Leave a comment

Filed under Siraman Kalbu

Menentang Kebekuan Minda

Islam adalah sebuah rumah yang besar. Pelan induk dan hak ciptanya ditetapkan oleh Allah dan segala keperluan di dalamnya di tetapkan mengikut landasan Al-Quran dan As-Sunnah. Walau bagaimanapun Allah mengizinkan rumah ini diperkembangkan dan dicantikkan dari masa ke semasa di atas pelan induknya yang asal, tanpa mengubah perkara-perkara asas yang terdapat di dalamnya. Inilah hakikat Islam.

Continue reading

Leave a comment

Filed under Siraman Kalbu

Muhasabah Dan Taubat

ber.JPG

 Takwa mempunyai baja-bajanya dan apabila ramuan-ramuan yang sesuai digunakan, takwa akan hidup dengan suburnya. Antara baja yang diperlukan untuk kesuburan takwa ialah muhasabah dan taubat.

Umat Islam perlu berani merenung ke dalam diri dan melakukan muhasabah ke atas diri sendiri. Khalifah Omar ibn Khattab pernah berkata, “Muhasabahlah serta hitunglah dirimu sebelum kamu dihitung oleh Allah.”

Mereka yang berani melakukan muhasabah dan kemudiannya membuat perubahan yang positif ke atas diri sendiri, merekalah orang-orang yang akan berjaya. Dalam surah Ali Imran ayat 135, Allah memuji golongan yang sanggup kembali ke pangkal jalan selepas terbabas melakukan kesilapan. Allah mengiktiraf mereka sebagai golongan yang bertakwa. Allah berfirman, “Mereka (yang bertakwa) ialah golongan yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, mereka ingat kepada Allah dan memohon ampun di atas dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah. Mereka tidak meneruskan perbuatan keji itu sedang mereka mengetahui.”

Continue reading

Leave a comment

Filed under Siraman Kalbu

Memingirkan Mentaliti Inferior

islamic-architecture.jpg 

Umat Islam adalah umat pilihan justeru mereka tidak perlu berasa inferior atau rendah diri berdepan dengan kegawatan hidup pada hari ini. Dalam surah Ali-Imran ayat 110 Allah menggelar umat ini sebagai khaira ummatin ukhrijat linnas iaitu sebaik-baik umat yang dikeluarkan bagi manusia. Dalam surah Al-Baqarah ayat 143 pula Allah memuji umat ini sebagai ummatan wasatha iaitu umat yang terbaik lagi adil. Allah juga berjanji dalam surah Al-Anbiya ayat 105, “Sesungguhnya Kami telah tulis dalam kitab Zabur sesudah Kami (tulis dalam) Lauh Mahfuz bahawasanya bumi ini akan dipusakai oleh hamba-hambaKu yang soleh.”

Continue reading

Leave a comment

Filed under Siraman Kalbu