Benarkah Nabi Muhammad Dilindungi Merpati Dan Labah-Labah Di Gua Thur ?

spider.JPG

Hijrah Rasulullah s.a.w. ke Madinah merupakan satu peristiwa yang paling agung dan bersejarah dalam Islam kerana ia merupakan titik tolak bagi kebangkitan dan perkembangan Islam ke seluruh pelusuk dunia. Dari Madinah umat Islam yang dipinpim oleh Nabi s.a.w. mengumpulkan kekuatan untuk menghancurkan musuh-musuh dan penentang-penentangnya di dalam dan di luar semenanjung tanah Arab. Sehingga Islam pada zaman itu menjadi satu kedaulatan dan kekuatan yang tiada tolok bandingnya.

Peristiwa Hijrah Rasulullah s.a.w. dari Mekah ke Madinah itu diabadikan orang dalam sirah Rasulullah s.a.w. yang diperingati, dibac, dipidatokan dan dihayatidari dahulu sampai sekarang. Akan tetapi kerana terpesona dengan peristiwa hijrah itu orang sampai terlupa kepada satu hakikat yang bukan hakikat, iaitulah satu KHURAFAT yang tersembunyi disebaliknya.

Iaitulah perkara yang berlaku ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. sewaktu bersembunyi di dalam gua Thur dan diburu oleh pemuda-pemuda Quraisy yang hendak membunuhnya.

Para ahli sejarah selama ini mencatatkan bahawa semasa di dalam gua Thur itu Rasulullah s.a.w. dilindungi oleh BURUNG MERPATI dan LABAH-LABAH yang membuat sarang di pintu gua sehingga meyakinkan pemuda-pemuda Quraisy itu bahawa tiada sesiapa yang berada di dalam gua itu.

Sehingga terselamatlah Rasulullah sa.w. dan sahabatnya Abu Bakar dari buruan pemuda-pemuda tersebut. Demikianlah apa yang tertulis dalam sejarah dan telah menjadi keyakinan umum di seluruh dunia Islam, sehinggalah sarang Labah-Labah itu dijadikan lambang bagi peristiwa Hijrah itu.

Sebenarnya kepercayaan tersebut tidaklah benar dan catatan sejarah itu menyimpang dari hakikat sebenarnya. Walaupun ada hadith-hadith yang menyokong kepercayaan itu tetapi hadith-hadith itu semuanya tidak SOHEH BELAKA.

Diantara hadith-hadith yang dijadikan hujah mengenai kejadian tersebut ialah :

1- Al-Hafidz Abu Bakar al-Qadhi meriwayatkan daripada al-Hasan, katanya :

Maksudnya : “(Nabi s.a.w.) dan Abu Bakar pergi ke gua (Thur) lalu beliau berdua masuk ke dalamnya. Maka datanglah Labah-Labah lalu membuat sarang di atas pintu gua. Orang-orang Quraisy yang datang mencari / memburu Nabi s.a.w. tetapi apabila mereka melihat pintu gua yang telah dibuat sarang oleh Labah-Labah,
lalu mereka berkata : “Gua ini tidak di masuki oleh sesiapa.”
Adalah Nabi s.a.w. sedang bangun bersolat dan Abu Bakar berjaga-jaga.

Maka berkatalah Abu Bakar r.a. kepada Nabi s.a.w. : “Saya menebus anda dengan bapa dan ibu saya ! kaum anda itu mengejar anda! Demi ALLAH saya menangis bukan kerana kuatirkan keselamatan diri saya tetapi kerana takut melihat sesuatu yang tidak diingini berlaku ke atas Rasulullah s.a.w.”

Maka Rasulullah s.a.w bersabda : “Janganlah engkau berduka cita, sesungguhnya ALLAH bersama-sama kita.”

*** Hadith ini Dhoief (Lemah). Di dalam sanadnya (Rangkai nama periwayat Hadith) terdapat Bassyar bin Musa. Ia seorang yang Dhoief. (Musnad Abu Bakar (Q91/1-2), Silsilah al-Ahadith as-Sohehah 3/1129/260, al-Mizan 1/1180/310-311.)

2. Ad-Dailami meriwayatkan daripada Abu Hurairah, daripada Abu Bakar r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : “ALLAH telah memberikan ganjaran kepada Labah-Labah yang telah melindungi kami kerana ia telah membuat sarang ke atas aku dan ke atas engkau wahai Abu Bakar, di dalam gua sehingga orang-orang musyrikin tidak melihat kita dan tidak sampai kepada kita.”

*** Hadith ini Mungkar kerana Abdullah bin Musa as-Salami yang terdapat di dalam sanadnya seorang yang Dhoief (Lemah) dan gurunya seorang yang Majhul (Tidak dikenali). (Silsilah al-Ahadith ad-Dhoiefah wa al-Maudhu’ah 3/1189)

3. Ahmad Abdul Razaq dan at-Tobrani meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas mengenai firman ALLAH :

Maksudnya : “Dan ingatlah tatkala orang-orang Kafir (Quraisy) memikirkan daya upaya (membuat rancangan) untuk menangkap mu dan memenjarakan mu atau membunuh mu.”

Kata Ibn ‘Abbas : “Pada suatu malam, Kafir Quraisy bermesyuarat di Mekah.
Sebahagian mereka berkata : “Apabila datang waktu pagi kamu tangkap dan tambat Muhammad dengan tali.

Kata sebahagian yang lain : “Bunuhlah dia !”
Kata sebahagian yang lain lagi : “Usirlah dia !”

Rancangan Quraisy ini diberitahu oleh ALLAH kepada Nabinya.

Ali lalu tidur di tempat tidur Nabi s.a.w. pada malam itu. Sedangkan Nabi s.a.w. keluar menuju ke gua. Orang-orang Musyrikin bermalam menjaga Ali yang mereka sangka Nabi s,a,w. Apabila tiba waktu pagi mereka menyerbu kepadanya, apabila mereka melihat Ali, maka ALLAH menolak rancangan jahat mereka.

Mereka berkata :”Dimana sahabatmu ?”
Ali menjawab : “Aku tidak tahu” lalu mereka menjejaki kesannya.

Apabila mereka sampai ke bukit, mereka ditimpakan keraguan / kebingungan. Mereka naik ke bukit dan mereka melalui gu, (tampat Rasulullah s.a.w. bersembunyi) lalu mereka melihat sarang Labah-Labah di pintu gua, lalu mereka berkata : “Jika Muhammad masuk dalam gua ini masakan ada sarang Labah-Labah di pintunya. Maka Rasulullah s.a.w. tinggal 3 malam di dalam gua itu.”

*** Hadith ini Dhoief (Lemah). di dalam sanadnya terdapat seorang yang bernama Uthman al-Juziri seorang yang lemah. (Ahmad dalam al-Musnad (3251), Abdul Razaq di dalam al-Musnaf (5/389) at-Tobrani di dalam al-Mu’jam al-Kabir (11/407/12155), Silsilah al-Ahadith ad-Dhoiefah wa al-Maudhu’ah 3/264-3261.)

4. Ibn Sa’ad al-Mukhlish, al-Bazzar, at-Tobrani, al-‘Aqili, as-Syarif Abu Ali al-Hasyimi, Abu Nu’im, al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abu Mus’ab al-Makki katanya :

Maksudnya : “Pada malam di gua, ALLAH memerintahkan sebatang pokok, lalu dia keluar di depan muka Nabi s.a.w. melindunginya dan ALLAH ta’ala mengutuskan Labah-Labah membuat sarang diantara kedua-duanya (Nabi dan Abu Bakar) lalu melindungi muka Nabi s.a..w dan ALLAH memerintahkan dua ekor burung merpati liar, lalu keduanya datang terbang dan hinggap diantara Labah-Labah dan pokok tadi. Pemuda-pemuda Quraisy datang, tiap-tiap suku seorang lelaki bersama-sama dengan tongkat mereka yang kecil dan yang besar, sehingga apabila berada 50 hasta dari Nabi s.a.w.

Maka penunjuk jalan mereka, iaitu Suraqah bin Malik berkata : “lihatlah batu ini, kemudian aku tidak mengetahui dimana Rasulullah s.a.w meletakkan kakinya.”

Lalu pemuda-pemuda itu berkata : “Engkau tidak memerhatikan kesannya semenjak semalam sehingga apabila pagi engkau berkata : “lihatlah dalam gua !! Kaum itu mendatangi sehingga apabila mereka berada pada jarak 50 hasta maka orang yang mula-mula melihat ke gua, tiba-tiba ia nampak burung merpati lalu iapun pulang.

Mereka bertanya : “Apakah yang menolakmu untuk melihat ke dalam gua ?”

Pemuda itu menjawab : “Aku melihat 2 ekor Merpati liar di mulut gua. Maka tahulah aku bahawa tiada seorangpun di dalam gua itu.”

Nabi mendengar percakapan itu dan tahulah beliau bahawa ALLAH telah melindungi beliau berdua dengan 2 ekor burung Merpati itu. Lalu beliau mendoakan keselamatan ke atas 2 ekor burung Merpati tersebut dan ALLAH telah memelihara/menjaga kedua-duanya di tanah Haram lalu kedua-duanya membebaskan semua burung yang engkau lihat.”

*** Hadith ini Mungkar seperti yang dikatakan oleh as-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani. (Ibn Sa’ad 1/228/229, al-Mukhlish dalam al-Fawa-id al-Muntaqaat 17/13/1-2, al-Bazzar dalam Musnadnya 2/299/1741, at-Tobrani dalam al-Kabir 20/443/1082, al-‘Aqili 346…… Silsilah al-Ahadith ad-Dhoiefah wa al-Maudhu’ah 3/1128)

Sesungguhnya tidak ada sebuah Hadithpun yang Sahih yang menguatkan Hadith-Hadith tersebut di atas. Malahan Hadith-Hadith tersebut berlawanan dengan hakikat sebenar yang dinyatakan oleh ALLAH di dalam al-Quran :

Firman ALAH s.w.t. :

Maksudnya : “Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad), maka sesungguhnya ALLAH telah menolongnya. Iaitulah ketika orang-orang Kafir (Musyrikin Mekah) mengusirnya (dari Mekah) sedangkan dia salah seorang dari dua orang ketika kedua-duanya berada di dalam gua, diwaktu dia (Nabi s.a.w.) berkata kepada temannya : “Janganlah engkau berduka-cita, sesungguhnya ALLAH beserta kita.” Maka ALLAH menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantu dengan tentera yang kamu tidak melihatnya.” (Al-Quran al-Karim, surah at-Taubah ayat 40)

Ayat ini menunjukkan dengan jelas bahawa ALLAH memberikan pertolongan kepada Nabi dengan sakinah (ketenangan) dan dengan tentera-tentera yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar, iaitulah para Malaikat, bukan dengan Labah-Labah membuat sarang, bukan dengan dua ekor burung Merpati dan sebagainya. Oleh kerana itulah al-Baghawi berkata di dalam tafsirnya :

Maksudnya : “Mereka ialah para Malaikat yang turun untuk memalingkan muka dan penglihatan orang Kafir dari melihat Nabi s.a.w.”

Dalam sebahagian hadith ada yang memperkuatkan pengertian ini. Abu Naim mentakhrijkan daripada Asma’ binti Abu Bakar as-Siddiq r.a., katanya :

Maksudnya : “Bahawasanya Abu Bakar melihat seorang lelaki menuju ke gua, lalu beliau berkata : “Ya Rasulullah ! dia sedang melihat kita.”

Rasulullah s.a.w. bersabda : “Tidak ! Sesungguhnya para Malaikat melindunginya sekarang ini dengan sayap-sayapnya.” Tidak lama kemudian lelaki itu duduk kencing menghadap kepada mereka berdua.

Maka Rasulullah s.a.w. bersabda : “Wahai Abu Bakar ! Jika dia melihat, tentulah dia tidak melakukan perkara ini.”

*** Hadith ini Sanadnya Hasan (Baik) (Silsilah al-Ahadith ad-Dhoifah wa al-Maudhu’ah 3/261-264)

Dengan keterangan ini jelaslah kiranya kepercayaan bahawa Nabi s.a.w. dilindungi oleh Labah-Labah dengan sarangnya dan dua ekor burung Merpati yang bersarang di mulut gua Thur itu tidak benar. Oleh kerana itu ianya tidak lebih dari satu Khurafat belaka.

Wallahu a’lam

About these ads

4 Comments

Filed under Fakta Sejarah

4 responses to “Benarkah Nabi Muhammad Dilindungi Merpati Dan Labah-Labah Di Gua Thur ?

  1. faham dah.. terima kasih.. ini bermakna allah adalah segala-galanya tiada satu pun makhluk yang dapat membantu seseorang itu tanpa diizinkan oleh Allah s.w.t

  2. hadis daif boleh diguna pakai dalam fadail al-a’mal …..jangan kelirukan pembaca dan kaitkan peristiwa ini dengan khurafat ……

  3. Jin pun boleh menyamar jadi ular, maka tidak mustahil malaikat boleh menyamar jadi labah labah atau burung merpati. Boleh jadi inilah malaikat2 yang mengelirukan org kafir

    Jika saudara pentingkan bab hakikat dalam kisah ini berbanding khurafat, tak perlu pertikaikan hal labah labah dan burung merpati. Itu masih lagi hal syariat.

    Allah boleh menentukan apa jua. Antara contoh hakikat dalam peristiwa hijrah ini adalah kita perlu yakin dgn bantuan allah, so tak kira bentuk bantuan itu labah2 atau burung. Yang penting semua datang dari allah tak kira apa. Cara ia datang itu yg kadang2 kita tak nampak.

    Jangan kena kencing …

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s