Agihan Zakat Mufti Selangor Kecewa Dengan Mufti Perlis

tamyes1.JPGmasri.jpg

Kontroversi yang terbaru melanda Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkenaan isu zakat. Beliau acapkali mengutarakan pandangan yang mungkin difikirkan sebagai perkara baru, tetapi sebenarnya tidak begitu. Beberapa minggu pandangan beliau tentang isu mengintip orang berkhalwat ditentang Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Abdullah Mohd. Zain, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan beberapa orang mufti. Isu itu menjadi kecoh di seluruh Malaysia. Isu itu sudah tamat kini selepas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyuarakan pandangan berpihak kepada beliau. Tetapi perbincangan mengenai isu tersebut masih diteruskan dan berubahan arahan menjadi perbincangan mengutuk Perdana Menteri di samping Mohd Asri.

Terakhir sekali pandagan pandangan Mohd Asri mengenai agihan zakat pula menjadi isu dan menimbulkan kemarahan Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid. Nampak gayanya apa sahaja yang diuar-uarkan oleh Mufti Perlis mesti menjadi berita kontroversi dan hangat. Hebat juga penangan mufti muda dari Perlis ini.

Mingguan Malaysia Ahad lalu menyiarkan kenyataan Mohd Asri tentang isu zakat yang pada pandangannya wajar diagihkan bukan sahaja kepada pelajar miskin dalam jurusan agama tetapi juga kepada pelajar-pelajar dalam jurusan sains dan teknologi. Menurutnya, pemberian zakat hanya kepada pelajar agama boleh dianggap sebagai tafsiran sempit yang tidak akan merealisasikan matlamat untuk memartabatkan Islam dan umatnya.

Saya bersetuju dengan kenyataan Mohd Asri kerana belajar itu sendiri dianggap sebagai satu ibadah dalam Islam dan kita semua belajar untuk meningkatkan diri kita, agama, bangsa dan negara. Justeru, zakat haruslah dialirkan kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira jurusan yang diambil.

Namun, dalam akhbar Berita Harian , kenyataan beliau dibalas oleh Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid yang kecewa dengan dakwaan mufti perlis itu. Ini kerana Pusat zakat selangor dikatakan telah mengamalkan pemberian zakat kepada pelajar-pelajar jurusan lain sejak berpuluh-puluh tahun lalu.

Persoalannya, mengapa Mufti Selangor mudah melatah atas kenyataan Dr Mohd Asri kerana jika diteliti kenyataannya dalam akhbar, beliau tidak menuding jari kepada mana-mana kerajaan negeri sebaliknya hanya mengutarakan pandangannya berdasarkan kenyataan Pengerusi Lembaga Pengarah Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan, Datuk Abdul Rahim Bakar yang mendedahkan beratus juta wang zakat yang dikutip setiap tahun, gagal diagihkan sepenuhnya kepada penerima yang layak kerana kelemahan pengurusan zakat di negara ini. Nah, itukan bukti tentang kegagalan pengurusan zakat di negara ini yang menunjukkan bahawa Dr Mohd Asri tidak membuat kenyataan tanpa usul periksa.

Bagi saya tiada salahnya Dr Mohd Asri mengemukakan idea baru atau idea lama yang dibaharui bagi kebaikan kita bersama. Namun apa yang saya perhatikan setiap pandangan yang dikemukakan Dr Mohd Asri pasti mendapat kecaman dari pihak-pihak tertentu yang mungkin tidak senang dengan kelantangan dan pembaharuan yang ingin dilakukannya. Beliau masih muda dan tidak salah jika pandangan beliau diteliti oleh golongan-golongan agama lain kerana orang muda tentu banyak idea-idea yang dapat meningkatkan lagi kredibliti agama Islam di Malaysia. Jangan pula kita mudah melatah dan terus memberi kecaman tanpa menilai dahulu apa yang ingin disampaikan oleh beliau.

Leave a comment

Filed under Isu

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s