PEMBANGUNAN modal insan adalah agenda utama Malaysia dalam perancangan menjadikan Malaysia negara maju memenuhi matlamat Wawasan 2020 yang meletakkan Malaysia maju dalam bidang sains dan teknologi berasaskan acuan sendiri.
Modal insan bermutu tuntut sahsiah tinggi
Posted in Ufuk Minda, akademik on September 4, 2007 by abunaiemSebaik-baik Teman Adalah Hati
Posted in Motivasi Diri on Ogos 30, 2007 by abunaiemBermuafakatlah dengan diri anda sendiri sebagaimana anda bermuafakat dengan kawan tatkala hendak menentukan arah tujuan”
Jika anda tanya diri sendiri anda tentu akan mendapat jawapannya. Tetapi jika anda bertanya secara lebih jujur anda tentu akan mendapat jawapan yang berbeza. Bertanya pada diri sendiri membangkitkan dua jawapan; satu bersumberkan hati kecil dan satu lagi bersumberkan hati besar.
Islam cetus keadilan bagi manusia
Posted in Tajdid Iman on Ogos 15, 2007 by abunaiemPrinsip kesaksamaan tonggak utama pemerintahan tanpa mengira nas, agama
BARISAN sarjana Barat yang terkenal seperti Thomas Cerlyle, Gustav Le Bon, Oswald Spengler dan Arnold Toynbee pernah mengambil kesimpulan yang menarik selepas melakukan kajian terhadap bekas peninggalan tamadun Islam.
Jihad perniagaan, ilmu dimensi baru bina kekuatan
Posted in Ufuk Minda on Julai 31, 2007 by abunaiemKONSEP jihad mempunyai pengertian luas. Jihad bagi umat Melayu ialah mengangkat martabat dan ada daya juang mempertahankannya. Jihad paling utama bagi umat Melayu ialah jihad ilmu dan jihad perniagaan.
Pelaku maksiat tidak hidup tenang
Posted in Tajdid Iman on Julai 30, 2007 by abunaiemManusia dicipta untuk bertarung lawan kejahatan, sabar lakukan kebaikan
MENGAPAKAH al-Quran banyak menyebutkan tentang kisah-kisah pelbagai kaum yang berakhir dengan kehancuran? Ia adalah supaya manusia sentiasa beringat bahawa segala bentuk kejahatan itu adalah warisan kehancuran yang mesti ditinggalkan. Jenayah homoseksual adalah peninggalan kaum Nabi Lut, kesombongan dan kezaliman adalah budaya Firaun, manakala gaya hidup bermegah-megah dan melampau telah dipelopori oleh kaum Nabi Hud. Penolakan terhadap seruan iman pula telah berlaku semenjak diutuskan Nabi Adam AS seterusnya berlanjutan hingga kerasulan Muhammad SAW.
Islam angkat daya intelek Melayu
Posted in Ufuk Minda on Julai 24, 2007 by abunaiemPedoman al-Quran berhasil mengetepikan kepercayaan tahyul, syirik
MELAYU satu bangsa dan Islam adalah agama. Kewujudan bangsa Melayu itu adalah suatu fitrah. Al-Quran memberikan asas bahawa manusia dijadikan berbangsa-bangsa ( surah al-hujurat, ayat 13).
Mengenali sifat pembela agama
Posted in Tajdid Iman on Julai 23, 2007 by abunaiemPendakwah harus bersedia dengan ilmu, kepakaran menegakkan Islam
MENJADI sunnatullah pada setiap kurun, zaman dan waktu yang bergerak pantas, akan hadir kumpulan pembela agama Allah. Mereka hidup dengan haruman catatan perjuangan berterusan daripada generasi ke generasi serta saling bersambungan umpama suatu mata rantai yang tidak putus hingga akhir zaman.
Perbanyak amalan wajib, sunat mantap kualiti iman
Posted in Tajdid Iman on Julai 9, 2007 by abunaiemMengingati Allah maksudnya ingatan yang membawa kepada kegembiraan. Gembira dengan takdir-Nya, reda dengan jalan hidup yang dipilih untuknya, untung rugi harta, susah senang kehidupan kerana manusia lahir ke dunia dengan senario yang termaktub di Lauh Mahfuz.
RAMAI hamba Allah yang mengeluh: “Alangkah cepatnya hatiku berubah”. Sekejap kuat membara sengatan iman di hati, tetapi lama kelamaan pudar juga oleh sengatan syahwat yang berbisa. Jika dulu bersemangat mengkaji dan mengamalkan Islam, kini semangat itu menjadi surut disebabkan kesibukan dunia yang tak ada penghujungnya.
Begitulah keadaan hamba yang semakin tenggelam ke dasar lautan duniawi tanpa menyedari nafas imannya semakin lemah dan akan mati lemas akhirnya. Beruntunglah sesiapa yang mahu memperbaiki imannya, menjaga dan melindungi iman seperti dia melindungi hartanya atau popularitinya supaya tidak musnah.
Jihad ilmu atasi rendah diri terhadap Barat
Posted in Ufuk Minda on Julai 4, 2007 by abunaiemSifat Islam itu sendiri adalah agama penghidupan atau bakal bangun semula. Dengan fahaman kebendaan yang melampau, hedonistik melulu, kecenderungan melakukan penguasaan dan dominasi di tengah kebangkitan kesedaran Islam di kalangan generasi muda, sudah tentu wujud kecenderungan umat manusia untuk maju dan membangun berasaskan sistem nilai yang fitrah.
Cendekiawan Islam dari Universiti Kaherah, Mesir, Prof Dr Ahmad Kamal Aboulmagd, panel Persidangan Antarabangsa ‘Islam dan Barat’ di Kuala Lumpur, baru-baru ini, menyebut bahawa banyak dimensi perlu dilihat kerana Islam tidak dilihat sebagai Islam seadanya tetapi dilihat menerusi jendela politik lalu dipolitikkan.
Katanya, agenda politiklah yang menyebabkan ketegangan hubungan Barat dan Islam. Jika Islam dilihat dalam konteks tamadun ilmu dan peradaban, maka Barat akan melihat kepentingan Islam.
Pengalaman sentiasa memberi nikmat
Posted in Motivasi Diri on Jun 29, 2007 by abunaiem“ Kalau anda arif bistari, anda akan mengetahui bahawa kegagalan anda sama pentingnya dengan kejayaan-kejayaan anda ”
Bukan hasil yang penting, tetapi langkah apa yang dilakukan untuk mencapainya. Nikmat akan hilang ditelan masa, tetapi pengalaman tidak pernah pencen daripada memberikan makna nikmat.
Usah jatuh dengan kegagalan. Ia satu nikmat yang perlu disyukuri. Tanpa kegagalan anda tidak tahu nikmatnya berjaya.
Kegagalan sentiasa membuka peluang untuk berjaya manakala kejayaan sentiasa terdedah untuk kembali gagal. Gagal atau berjaya bukanlah penting, yang lebih istimewa usaha untuk mengatasi kegagalan dan usaha untuk menikmati kejayaan.



